Khamis, 27 Jun 2013

Daulat Melayu ! Pergi Jahanamlah' Political Defiance' Ugut Bunuh Pengerusi SPR.


Gene Sharp, menggariskan, mana-mana kelompok yang mengamalkan Political Defiance, seperti DAP PKR perlu melakukan perkara berikut:-

"Pressures on individuals
31. “Haunting” officials
32. Taunting officials
33. Fraternization
34. Vigils "

Kaedah di atas di bawah Tindakan Awam Simbolik . Menurut blog rakan, Laman Izz, Pengerusi SPR menerima satu tindakan simbolik daripada puak Political Defiance. Beliau menerima kepala ayam berbungkus dalam kotak beserta nota ugutan, "Letak jawatan....505". Ofkors, kepala Pengerusi SPR takkan di potong. Tapi manalah tahu kan. Tujuan mereka melakukannya, ialah sebagai tindakan simbolik untuk menghantui dan mengganggu Pengerusi SPR. Lapuran Polis telah di buat. Kita tunggu sahaja , laporan-laporan rasmi di akhbar-akhbar rasmi.

Ambe cuma nak mengulas mengenai tindakan simbolik berkenaan sahaja. Memang kita perlu sentiasa waspada, peka dan awas semua tindakan-tindakan DAP PKR. Memang tak dinafikan, mereka melakukan Political Defiance untuk berkuasa. Semua 198 kaedah Gene Sharp mereka gunakan. Selepas ini, jangan terkejut bila mereka melakukan Hartal dan Penutupan Ekonomi pula. Takpun, mereka akan melakukan perarakan pengebumian dan vigil. Itu semua adalah tindakan-tindakan mereka untuk menghantui dan menggangu Pengerusi SPR. 

Matlamat mereka ialah untuk melemahkan kuasa SPR, agar mereka menjadi lebih berkuasa daripada SPR dan Perlembagaan Malaysia. Mereka mahu berada di atas Perlembagaan Malaysia. Mereka mahu mengubah semua institusi Perlembagaan menjadi cabang dan ranting baru DAP PKR. Mereka terlalu ingin mengubah Demokrasi kepada Sistem Anarki dan Oligarki cara mereka. Untuk bertindak balas kepada gerakan Political Defiance DAP PKR, demi masadepan rakyat, DAP PKR perlu dipertanggungjawabkan ke atas semua tindakan-tindakan Political Defiance mereka. Caranya mudah, pengundi DAP PKR perlu bangkit dan menyuarakan penentangan terhadap semua gerakan Political Defiance DAP PKR. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...