Isnin, 25 Jun 2012

ROSMAH JUGAK YANG BUAT PENDIDIKAN PERCUMA !


PAPAGOMO memetik sumber PERAK TODAY mengulas mengenai Pendidikan Percuma yang mana ROSMAH MANSUR selaku isteri kepada DS Najib telah memulakannya terlebih dahulu melalui program PERMATA. Program ini pernah di kritik hebat oleh puak Republika Lembu Kepala Hitam kerana Bajet Permata diluluskan dalam Bajet beberapa tahun lepas malah ianya diperlekehkan sebagai BAJET ROSMAH. Ternyata , Bajet PERMATA digunakan sepenuhnya oleh ROSMAH bagi kebajikan dan kepentingan rakyat jelata :-
Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah pelopor kepada pendidikan awal kanak-kanak di negara ini yang mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Melalui Program Anak PERMATA negara, kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun yang tinggal di luar bandar berpeluang menikmati pendidikan awal yang berkualiti.
Setakat ini, lebih 20,000 kanak-kanak di seluruh negara mendapat kemudahan itu yang ditawarkan kira-kira 600 pusat PERMATA.
Pegawai Tugas- Tugas Khas Perdana Menteri, Rizal Mansor, berkata sepanjang mengenali isteri pemimpin nombor satu negara itu, Rosmah seorang yang berfikiran panjang dan begitu menyayangi bangsa dan negara ini tanpa rasa berbelah lagi.
Salah satu usaha yang dipelopori Rosmah ialah penubuhan Pusat Anak Permata Negara yang bertujuan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun dengan pendapatan keluarga di bawah RM1,500 sebulan.
“Idea yang dipelopori oleh Rosmah ini memberi peluang kepada lebih 20,000 kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara mendapat pendidikan awal yang berkualiti.
“Setakat ini, terdapat lebih 600 pusat PERMATA yang beroperasi di seluruh negara, sekaligus membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Rosmah dalam meningkatkan taraf pendidikan awal di kawasan luar bandar.
“Selain itu, wawasan jauh juga Rosmah membuka jalan kepada penubuhan PERMATA Pintar yang mengumpulkan kanak-kanak pintar yang berpotensi menjadi golongan profesional dan pemimpin negara masa depan.
“PERMATA Seni turut diwujudkan bagi mengumpulkan kanak-kanak yang berbakat dalam bidang seni termasuklah muzik, koir dan tarian manakala PERMATA Insan pula ditubuhkan bagi melahirkan ilmuwan Islam dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),” katanya sebagai tetamu jemputan program Misi Selamatkan Negara anjuran Nadi Rakyat di Pulau Langkawi, hari ini.
Menjawab tuduhan peruntukan program PERTAMA bernilai RM100 juta dikaitkan dengan Rosmah, Rizal berkata:
“Tuduhan itu tidak berasas sama sekali kerana wang itu tidak pernah sampai ke Pejabat Perdana Menteri sebaliknya peruntukan itu digunakan bagi menjayakan program itu termasuklah membina bangunan PERMATA di seluruh negara yang membabitkan nilai RM500,000 sebuah,” katanya lagi.
Kemurnian hati Rosmah dalam membantu golongan memerlukan juga terbukti apabila menyerahkan sumbangan RM550,000 kepada Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) hasil projek rock melon yang diusahakan sekitar Seri Perdana.
Baca seterusnya di sini  


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...