Halamak Khaled Nordin .. Hang Punya '3 Cakaran' Tu Tak Begitu Menyakinkan Mahasiswa lah
CABARAN KHALED NORDIN kepada mana-mana mahasiswa yang anti PTPTN sebenarnya bersifat anti-klimaks. Sewajarnya, Khaled Nordin mengambil iktibar daripada jawapan spontan daripada Tun Dr Mahathir atau jika tiada jawapan yang menarik eloklah berdiam diri sahaja seperti Pengerusi PTPTN yang juga seorang ahli Parlimen. Cabaran Khaled Nordin sudah menjadi ejekan dan diperlekehkan. Ini amatlah memalukan dan mengaibkan. Pada peringkat nak masuk ke medan perang eloklah semua para pemimpin BARISAN NASIONAL jaga mulut, jaga tingkahlaku dan jaga segala-galanya kerana anda tidak kebal daripada sebarang serangan mengejut jentera perang PKR yang di latih oleh NED, NDI dan KAF. Perbaikilah segala kelemahan berbicara dan mahirkan segala kepakaran dialektika. Gunakan logika mudah dalam nada berjenaka mengejek kembali serangan-serangan puak jentera perang saraf PKR.
Berikut adalah contoh-contoh jawapan kepada mahasiswa yang anti PTPTN:-
- PTPTN dimansuhkan .. sila perolehi Ijazah Sarjana Kelas Pertama. Kalau berkhemah di Dataran Merdeka itu tidak menambah mata CGPA anda semua.
- Saya amat berbangga kerana usaha gigih mereka untuk mengulangkaji pelajaran mereka di Dataran Merdeka. Saya doakan mereka perolehi Ijazah Sarjana Kelas Pertama selepas ini agar boleh dihadiahkan kepada mereka pemansuhan hutang PTPTN sebagai tanda terimakasih tak terhingga kepada mereka.
- Saya akan pastikan mereka tidak ketinggalan sebarang kuliah pengajian dengan membuat tele-conference melalui skrin besar di Dataran Merdeka. Saya tak nak mereka ketinggalan memperolehi Ijazah Sarjana Kelas Pertama dan skor CGPA melebih 3.5 mata.
- Jika mereka masih tak berpuashati saya berharap agar PKR DAP PAS mampu membayar hutang-hutang mereka dengan memastikan mereka mendapat kelas tutorial tambahan nanti. Moga-moga dengan itu mereka semua mampu mencapai mata CGPA 3.5 lebih bagi memperolehi Ijazah Sarjana Kelas Pertama. Ini akan melayakkan hutang PTPTN mereka dimansuhkan.
- Tak susah nak mansuhkan PTPTN nie, mereka hanya perlu memperolehi Ijazah Sarjana Kelas Pertama dan belajar rajin-rajin serta jangan ponteng kuliah.
Hamba mohon maaf lah jika artikel ini menyinggung perasaan Khaled Nordin atau sebagainya. Bukan apa, Hamba tak nak lagi tengok mana-mana pemimpin BARISAN NASIONAL ini diperlekehkan dan dijadikan bahan ejekan serta cacian oleh jentera perang siber PKR, DAP dan PAS. Jangan berikan pihak musuh laluan yang mudah untuk mengutuk anda. Selama ini anda berbaik hati dengan mereka tapi pada akhirnya anda menjadi mangsa mereka. Tak serik lagi ker ?
TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU
1 ulasan:
Terbaekkk... dengan lembu pencacai mahasewel ni jangan gunakan ayat2 yang tinggi sebab diorang ni lembab sikit, lambat nak pikap.
akuantiPAKATAN.
Catat Ulasan