Khamis, 12 Januari 2012

RAYUAN DITERUSKAN WALAUPUN GAY FILIPINA JERIT-JERIT SUKA ANWAR DIBEBASKAN.


Pembebasan sabita hukuman ke atas Anwar Ibrahim di atas kesalahan meliwat di bawah seksyen 377 Kanun Kesiksaan di sambut baik dengan sorakan kumpulan GAY di Filipina !

Di Malaysia ianya di sambut baik oleh penganjur SEKSUALITI MERDEKA dan MAJLIS PEGUAM.



Ini pula apa yang Papa Gomo tulis:-
Pihak Pendakwaan akan mengemukakan cadangan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. 
Dalam pertemuan eksklusif dengan wartawan Nik Suryani Megat Deraman siang tadi, Peguamcara Negara Dua, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti segala bukti berkaitan kes berkenaan.
"dengan segala bukti yang ada, saya akan mencadangkan kepada peguam negara, tan sri abdul gani patail supaya meneliti semula kes dan menimbangkan rayuan keputusan mahkamah tinggi kuala lumpur itu ke mahkamah rayuan" kata Datuk Yusof
Beliau akan menemui Tan Sri Abdul Gani secepat mungkin bagi membolehkan rayuan dibuat dalam tempoh sepuluh hari ini.
Difahamkan, pihak pendakwaan akan memohon bagi mendapatkan penghakiman penuh kes liwat datuk seri anwar itu bagi meneliti semula hujah berkaitan.
Dipetik dari TV3 
Jika diteliti dan diamati laporan berita diatas, kita dapat simpulkan bahawa Datuk Yusof Zainal Abiden sekarang ini bersedia untuk melawan kes ini di Mahkamah Rayuan. Beliau sudah menyatakan akan berjumpa Peguam Negara untuk mencadangkan agar kes ini dirayu.

 I Have A Ball
Datuk Yusof adalah Peguam Cara Negara II merangkap Ketua barisan Pendakwaraya untuk kes liwat ini. Beliau merupakan seorang yang amat disegani kawan dan lawan. Difahamkan juga, Anwar Ibrahim sememangnya amat takut dengan Datuk Yusof. Ini kerana beliau adalah seorang yang amat tegas, tidak mudah mengalah, 'Fighter', tidak boleh ‘dibeli’, dan sangat bijak. Kredibiliti beliau juga sangat utuh sehingga pihak lawan tidak mempunyai apa-apa peluru untuk mematikan Datuk Yusof. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...