Sudah kedengaran keresahan dan kegelisahan di kalangan cai pakatam mengenai pemberian one-off BR1M dan rasionalisasi subsidi gula. Dua poin dalam Bajet 2013 tersebut menjadi igauan terkini dan terhangat di kalangan mereka. Pelbagai persembahan mereka lakukan untuk memperlekehkan Bajet 2013. Rebat pembelian I-Phone untuk golongan sasar anak muda di kecam hebat oleh pakatam. Pemberian BR1M sejumlah RM250 menakutkan pakatam. Pakatam amat sedar budaya rakyat Malaysia yang mudah mengenang budi. Kerana undi pakatam sanggup mengajak anak anak muda yang menerima BR1M unuk memdermakan wang tersebut ke dalam Tabung PRU 13 Pakatam. Tabung Tin Milo dan dana Soros rupanya masih tak mencukupi buat Pakatam untuk memggulingkan kerajaan dan mencetuskan huru hara. Tergamaknya pakatam mahu mencuri wang anak anak muda sedangkan pakatam tak pernah memberi sesen pun kepada anak anak muda. Apakah anak anak muda sanggup menyahut suara pencuri? Pakatam sentiasa menagih pengorbanan daripada rakyat untuk berkorban demi kepentingan survival politik pakatam. Tapi BN hanya mahu rakyat menilai prestasi BN selama ini. Dimanakah pengorbanan pakatam kepada rakyat selama ini? Apa yang kita nampak ialah rakyat sentiasa dikorbankan oleh pakatam demi kerakosan dan ketamakkan. Selama mana rakyat sanggup dikorbankan oleh pakatam dan hanya berpuashati dengan persembahan wayang perak pemimpin Pakatam? Selama ini pakatam mencanangkan bahawa rakyat sudah banyak berkorban untuk BN selama 55 tahun walaupun BN hanya wujud pada 1974. Setelah rakyat mencuba nasib mereka dwngan pakatam pada 2008 ternyata rakyat lebih banyak dikorbankan oleh pakatam di sana sini. Apa tidaknya? Rakyat sentiasa di seru mengorbankan semua wang yang di terima daripada kerajaan di bawah Bajet untuk dimasukkan ke dalam Tabung PRU PAKATAM! KENAPA PAKATAM TIDAK MENUBUHKAN TABUNG KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan