Jumaat, 13 Julai 2012

SOK..SYEK.SOK..SYEK... RAKYAT MALAYSIA LUAR NEGARA BOLEH MENGUNDI TAPI BERSYARAT - SPR.


BERNAMA melapurkan :-
PUTRAJAYA: Selain pelajar dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing, rakyat Malaysia di luar negara yang ingin mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, dibenarkan berbuat demikian.
Namun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata ia dibenarkan dengan syarat mereka pernah berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Parlimen dibubarkan. 
Beliau berkata perkara itu adalah syarat tambahan selain mereka perlu mendaftar dan memohon sebagai pengundi pos bagi memastikan mereka mengetahui perkembangan politik dalam negara.
"Kami sedang meneliti perkara ini dan jika ia memerlukan sebarang pindaan undang-undang, ia akan dibawa ke Parlimen dalam sesi akan datang yang bermula September ini," katanya pada sesi taklimat bersama media di sini hari ini. 
Abdul Aziz berkata syarat tambahan itu adalah biasa kerana ia turut dilaksanakan di negara lain seperti Singapura, Australia dan United Kingdom. 
Beliau yakin perkara itu dapat direalisasikan sebelum PRU ke-13, namun bergantung kepada tarikh Parlimen dibubarkan. 
Abdul Aziz berkata pada masa ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing dibenarkan mengundi secara pos iaitu mereka yang telah berdaftar sebagai pengundi dan memohon melakukan undi pos. 
Beliau berkata mengikut rekod, daripada 20,000 rakyat Malaysia di luar negara yang berdaftar di kedutaan Malaysia di seluruh dunia, jumlah yang berdaftar sebagai pengundi pos adalah kecil iaitu seramai 2,700 orang. 
Justeru, katanya SPR memutuskan untuk memudahkan urusan permohonan pengundian pos yang mana mereka boleh menghantar borang permohonan secara pos beserta dokumen diperlukan. 
Beliau berkata langkah itu lebih mudah berbanding sebelum ini yang mana mereka perlu pergi sendiri ke pejabat kedutaan bagi membuat permohonan tersebut. 
Puashati sekarang ? 
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...