Isnin, 2 Julai 2012

RAMAI DI LABEL 'PEMBUNUH UPAHAN' BAHANA OPIS POLITIK ??!!!


WOOOO !!! TARIK HANBREK JAP !!! ... mari kita fikirkan bersama mengenai dakwaan pendedahan 'Musang-musang berjanggut Berbulu Anwarista' dalam Perkhidmatan Awam dan di dalam JPM. 

Dakwaan bermula dari artikel Sanggah Tok Janggut (klik di sini). Di dalam artikelnya Tok Janggut (nama pena) mendakwa mempunyai bukti-bukti gerakan Anwarista di dalam Perkhidmatan Awam dan di JPM serta JAKIM. Kemungkinan besar ianya dicetuskan oleh insiden di mana seorang Pegawai JAKIM menyertai PAS dan mengisytiharkannya secara terbuka. Dikatakan bahawa bekas-bekas ahli ABIM masih setia kepada Anwar Ibrahim. Ada kemusykilan juga kerana ABIM tidak lagi menyokong penuh Anwar Ibrahim kerana bercanggah pendapat dengan aliran Pluralisma yang di bawa oleh Anwar Ibrahim. Tidak diketahui lagi ahli ABIM semasa era mana yang disebutkan oleh Tok Janggut. 

Sebelum ini Tok Janggut pernah menyiarkan artikel mempersalahkan TS Sidek Hassan , mantan KSN dalam isu SBPA. Ternyata pendedahan terbaru oleh The Unspinners membuktikan bahawa pegawai yang bertanggunjawab di atas flip-flop SBPA ialah TS Abu Bakar, mantan KPPA dan bukan TS Sidek. 

Pendedahan Tok Janggut dalam hal 'Musang Berjanggut Berbulu Anwarista' memang dialu-alukan sangat namun jangan lah sampai yang tak bersalah seperti TS Sidek hari tu jadi Kambung Hitam di atas pelan Witch Hunt yang dicetuskan pula.

Umum ketahui bahawa ada kelompok yang tak suka TS Sidek Hasan dijadikan Pengerusi PETRONAS. Kelompok yang sama juga tidak suka perlantikan Dato Seri Dr Ali Hamsa yang melangkaui TS Abu Bakar yang flip-flop.  Kelompk yang sama juga begitu simpatetik dengan TS Abu Bakar. TS Sidek Hasan dibenci kerana tindakan tegasnya ke atas seorang pegawai kanan sebuah agensi yang terlepas cakap. Nampaknya ada pihak daripada agensi masih berdendam kesumat dengan TS Sidek. 

Wooooo , ini isu besar kerana melibatkan jumlah pengundi berdaftar 1.4 juta di dalam Perkhidmatan Awam. Sedikit kesilapan dan silap percaturan bakal membawa rebah kepada BN dalam PRU 13. Tulisan Tok Janggut tersebut pun di tambah dengan artikel kontroversi daripada NST berkenaan TS Abu Bakar pun sudah mula hendak merobek-robek kepercayaan kakitangan awam kepada DS Najib. Ini amat merbahaya!

Bagi hamba ini semua adalah akibat terlebih dan keterlaluan dalam POLITIK OPIS! Biasalah kan, di dalam mana-mana pejabat pun Budaya Politik Opis ini ada. Cuma bila melibatkan opis PM dan opis Perkhidmatan Awam, kita kena tau lah bila nak tarik hanbrek ! Kalau tak sempat tarik kang dibimbangkan pula 'Ayam Terlepas Tangan Berbau Taik pulak !

Politik ni macam-macam ada. Cuma Jangan Terlalu Obsesi Dengan Politik Opis yang bakal membawa kemudaratan besar kepada POLITIK NEGARA !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...