Jumaat, 6 Julai 2012

PKR SELANGOR MASIH GAGAL UNTUK MENJAWAB SKANDAL PEMBELIAN HUTANG TALAM CORPORATION.

Walaupun PKR Selangor masih gagal menjawab dengan baik skandal pembelian hutang Talam Corporation dan kehilangan RM 1 bilion, tidak diketahui samada ianya mampu menggoyahkan keyakinan rakyat kepada PKR Selangor. Sememangnya ada bukti-bukti jelas bahawa PKR Selangor melakukan beberapa tindakan meragukan dalam skandal pembelian hutang Talam Corporation. Malah tindakan membeli hutang Talam Corporation pun nampaknya tidak membawa impak seperti yang dikehendaki. Penyelewengan dalam skandal pembelian hutang Talam Corporation seolah-olah mendapat restu pula daripada rakyat Selangor. 

Majoriti rakyat Selangor perlu disedarkan terlebih dahulu mengenai bahaya dan ancaman penyelewengan yang lebih besar jika PKR masih terus mentadbir Selangor. Sebagai contohnya dalam isu usul Penstrukturan semula konsesi Air; di sini PKR Selangor memainkan sentimen rakyat Selangor mengenai Hak Air terlebih dahulu sebelum PKR mengaitkannya dengan tuduhan liar amalan kronisma yang tak berlaku pun dalam pemilihan pemegang konsesi. 

Rakyat Selangor mesti diyakinkan bahawa pembelian hutang Talam Corporation sebenarnya tidak perlu langsung. Ini kerana hutang tersebut hanya wujud dalam kerangka hubungan fidusiari sahaja. Ianya tidak menjejaskan secara langsung kepentingan rakyat Selangor. tetapi pembelian hutang Talam Corporation menjejaskan kepentingan rakyat Selangor. Kerana pembelian tersebut melibatkan penjualan tanah-tanah milik Talam Corporation yang bakal dibangunkan di masa depan bagi kepentingan rakyat Selangor. 

Apabila PKR Selangor bertindak membeli tanah-tanah Talam Corporation melebihi harga pasaran, cara yang paling cepat dan mudah bagi mendapatkan semula wang yang dibelanjakan ialah dengan menjual semula tanah-tanah tersebut pada harga yang lebih tinggi lagi. Apabila ini berlaku bermakna pemilikan tanah-tanah tersebut bertukar tangan dari kerajaan negeri kepada pembida tertinggi. Kehilangan pemilikan tanah-tanah tersebut takkan mampu digantikan semula oleh PKR Selangor. 

Timbul pula persoalan seterusnya. Bagaimanakah pula wang pemerolehan dari penjualan tanah-tanah berkenaan dibelanjakan pula dan untuk apa? Inilah yang perlu rakyat Selangor disedarkan. Inilah yang benar-benar termasuk dalam amalan pembaziran dan ketirisan sebenar. Buat apa membelanjakan wang rakyat untuk 'bail-out' satu syarikat yang bukan dalam keadaan nazak? Kemudian menipu dengan licik pula melalui penjualan tanah-tanah tersebut sehingga menyebabkan kehilangan pemilikan ke atas tanah-tanah tersebut. Sehingga ke hari ini kita masih tertanya-tanya dimanakah Kertas Putih mengenai pembelian hutang Talam Corporation berkenaan ?

Rakyat Selangor perlulah sedar bahawa tindakan PKR sudah banyak merugikan rakyat Selangor di masa depan. Segala aset-aset yang dikumpulkan oleh kerajaan BN dahulu kini semakin hari semakin menyusut akibat tindakan tidak bertanggungjawab PKR Selangor. Semakin lama PKR mentadbir Selangor semakin banyak aset-aset milikan negeri Selangor bakal terjual tanpa ada penggantian semula. 

Di masa depan apalagi tinggal untuk rakyat Selangor ?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...