RAMADAN TIBA LAGI ! Syukur kerana pada tahun ini masih berkesempatan berada dalam Ramadan dan berpuasa. Ini juga bermakna sudah hampir empat tahun Hamba berblog dan berfesbuk. Sepanjang tempoh masa itu sudah ramai kawan dan sahabat yang Hamba telah bantu. Hamba berfesbuk sejak sebelum 2008 lagi manakala berblog sejak Oktober 2009. Hamba tak pernah berniat nak kejar ranking dan mahu menjadi pemes atau mengambil kesempatan.Jauh sekali mahu menjadi Tuan Besar atau nak tunjuk pandai kepada semua. Malangnya ada sesetengah pihak suka sangat membuat pelbagai andaian. Belum pernah lagi Hamba meminta sesen seduit daripada mana-mana pihak pun. Tapi nama Hamba sentiasa dilacurkan oleh sesetengah pihak. Malah ada pula yang memburuk-burukkan imej Hamba kerana tidak berpuashati di tegur dan di kritik oleh Hamba. Malah mereka juga turut mensabotaj Hamba secara diam-diam. Tapi biarkanlah mereka dengan perbuatan khianat mereka tersebut asalkan Hamba sesekali tidak akan membalas perbuatan mereka itu, Itulah di antara intipati amalan berpuasa. Yakni menahan diri daripada membiarkan hawa nafsu menguasai pertuturan, tindakan dan fikiran kita. Kitaran hidup ibarat roda, setiap perbuatan khianat akan terbalas jua dan setiap kebaikan tetap dibalasi jua.
Ramai yang berfikir bahawa menahan lapar dan dahaga itu sajalah ajaran dan didikan amalan berpuasa. Sebenarnya, amalan berpuasa ini melatih diri kita mengawal dan mengekang hawa nafsu di dalam diri kita. Orang mukmin yang paling kuat di sisi Allah Ta'ala ialah mereka yang kuat sabarnya. Bukanlah bermaksud kita berdiam diri sehingga orang lain boleh injak-injak kepala kita sesuka hati mereka. Apabila orang sudah melampaui batasannya melayani kita dengan begitu buruk maka kita diperbolehkan mempertahankan diri dan maruah kita.
Salah satu hawa nafsu yang membinasakan semua amalan kita ialah Ammarah. Dan di sebut ada sepuluh sifat mazmummah yang amat buruk. Manakala kita juga diajarkan menjauhi sifat-sifat munafik. Amalan berpuasa mendidik dan mengajar kita membuang kesemua sifat-sifat itu.
Amalan berpuasa juga mendidik kita membuang segala dendam kesumat dan meninggikan sifat kemaafan. Tapi jika orang sudah berkhianat kita boleh maafkan cuma pihak berkenaan tidak akan dipercayai seumur hidup lah. Kerana sudah terserlah sifat buruknya. Tak berani Hamba nak mempercayai mana-mana pihak yang sudah berkhianat.
Pada masakini kita melihat sifat berkhianat ini sudah menjadi terlalu lumrah. Bila timbul rasa tidak puashati walaupun sedikit maka kita akan terdorong melakukan khianat. Itu tidak baik. Bila sudah ada walaupun sedikit sifat khianat maka terhapuslah segala kebaikan yang ada. Maka lebih eloklah menjauhi diri daripada orang-orang sedemikian.
Pada masakini Orang Melayu dikhianati oleh para pemimpin mereka di semua peringkat. Ini tidak molek. Pemimpin yang berjiwa besar seperti DS Najib tidak ramai bilangannya. Paling ramai ialah pemimpin yang berjiwa serigala. Orang Melayu perlu bijak memilih pemimpin yang berjiwa seperti DS Najib, Tun Dr Mahathir, Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman dan nama-nama lain.
Ramai yang berangan-angan nak menjadi pemimpin tapi sebenarnya tidak layak langsung menjadi pemimpin. Dibimbangkan jika orang yang tak layak menjadi pemimpin terus menerus dibiarkan memimpin maka akibatnya ialah kebinasaan.
Jadi orang Melayu perlu menggunakan amalan berpuasa pada kali ni untuk berfikir panjang mengenai siapakah yang paling layak diberikan mandat untuk memerintah di peringkat negeri dan Pusat, Ingat jangan biarkan emosi mengawal diri anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan