Selasa, 3 Julai 2012

HAMBA NAK STORI PASAL DS NAJIB SIKIT.. SAPA NAK DENGAR?

Kita Sering Lupa Betapa Bertuahnya Kita Mempunyai Seorang Perdana Menteri Yang Begitu Berpengalaman Luas dan Matang Berpolitik Sejak Usianya 25 Tahun Dan Terdedah Kepada Kehidupan Politik Sejak Dari Kandungan Rahim Ibunya.

KADANGKALA NAK TERGELAK DAN KADANGKALA NAIK MUAK JUGA  NAK MUNTAH PUN ADA, bila ramai pulak mengaku kenal rapat dan mendapat kepercayaan penuh DS Najib, Macamlah DS Najib tu adik kandung mereka. Tak kurangg pula yang dok menjual dan menjaja nama DS Najib.. ' Saya buat ini atas nama Najib " "Najib suruh aku hentam puak nun" " Najib tak suka tau kat dia " "Najib dengan aku punya lah rapat, aku kol je bergegaslah Najib datang" dan macam-macam hingar-bingar punya cerita lah. Ada plak nak tunjuk  mengada-ngada " Di pejabat PM ada ramai Anwarista !" Kununnya lah. Macam lah bodoh sangat si Najib Tun Razak tak kenal dan tak semak sapa bekerja dengan beliau. Kamonlah ! Kamonlah ! DS Najib tu sejak dalam rahim ibunya dah berpolitik lah. Sejak kecil lagi beliau sudah terdedah dengan ragam dan budaya politik di Malaysia. Apa korang ingat Najib ini masih mentah ke dalam politik ? DS Najib ini makan, tidur, baring, duduk .. semuanya politik. Apa ilmu Politik yang DS Najib takde ? Cuba habaq mai sini. Arwah bapanya adalah Perdana Menteri Malaysia tau. Malah arwah bapanyalah yang menyelamatkan Malaysia semasa tragedi 13 Mei 1969. 

Korang buatlah macamana pun. Bodek ke, puji melangit ke, nak meludah ke, nak mengutuk ke, ingat DS Najib tak tau ke apa nak buat ? Korang kajilah sendiri sejarah Najib nie. Beliau lahir sebelum merdeka. Beliau lahir pada 23hb Julai 1953 di Kuala Lipis. Korang ingat DS Najib ini cikai punya orang ker? Beliau keturunan ke tujuh dari kesultanan Gowa. Keluarga beliau menjadi Orang Kaya Berempat di Pahang. Beliau adalah pewaris kekayaan arwah datuknya dari sebelah ibunya.

Beliau pernah menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 29 tahun pada 1982-1986. Kita ni siapa nak banding dengan Najib ? Ada yang masa umur 29 tahun baru nak mohon kerja jadi editor kat suratkhabar pembangkang. Najib masa 29 tahun dah jadi Menteri Besar Pahang. Anwar Ibrahim masa tu kat mana ? Sebelum itu pada 1978 pada usia 25 tahun beliau menjadi Menteri Kabinet Termuda memegang potfolio Timbalan Menteri Tenaga , Telekomunikasi dan pos. Beliau jugalah yang bertanggungjawab menubuhkan PETRONAS.Kamonlah ! Jangan nak mengada-ngada lah nak jaja nama DS Najib ke sana ke mari. 

Dua kali beliau menjadi Menteri Pertahanan, pernah menjadi Menteri Pelajaran, pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Timbalan Menteri Kewangan, Timbalan Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri. Eh .. pendekata sejak umur 25 tahun DS Najib sentiasa menjadi Menteri Kabinet. Apa rahsia dan polisi kerajaan yang beliau tak tahu ?

Pejabat Perdana Menteri itu dah bukan rumah kedua dah bagi DS Najib tapi dah jadi rumah kediaman rasmi buat beliau. Berapa jumlah anak tangga di kompleks PMO pun DS Najib tau daaaa.Malah berapa skru pada setiap pintu di PMO pun DS Najib tau. Apa cer nak mandai-mandai tunjuk ajar kepada DS Najib pasai Politik Opis di JPM? Kamonlah !

Jangan buat Taboo lah . DS Najib tahu siapa musuh, siapa lawan, siapa sekutu dan siapa kawan beliau di dalam politik. Hamba berbangga kerana anak kelahiran Pahang ini menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...