Sabtu, 16 Jun 2012

SELAMAT DATANG KE REPUBLIK PAPANTANDA SELANGOR WARGA SINGAPURA!

SHAH ALAM: Kenyataan Karpal Sungh yang mengakui perjuangan DAP Pakatam masih belum selesai sehinggalah Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri dari bukan Melayu. Bagi mencapai matlamat itu maka amat perlulah merubah Malaysia ini menjadi sebuah Republik Papantanda yang tersohor dan setaraf dengan mana-mana Negara Republik seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Laos dan Myanmar. Sosialis dan komunis adalah ibarat kentut dengan taik, berpisah tiada. Jika seluruh negara-negara dalam ASEAN menjadi REPUBLIK bukankah itu suatu impian Zionis akan terlaksana?

Jika Komunitas Utam Kayu Jakarta Timur menjadi pencetus dan pengajar anak-anak muda dalam Pakatam samada dari PKR atau PAS menjadi revolusioner Liberalisma dan Pluralisma maka warga Singapura menjadi pencetus dan penggalak Republik Cauvinis Cina bagi DAP Pakatam. Apa bezanya warna kulit dan bahasa warga Singapura dengan DAP Pakatam? Mereka seketurunan dan sefahaman. Mereka datang melancong ke Selangor, begitulah alasan kerajaan Republik Papantanda Pakatam Selangor. Kini ada istilah baru dalam industri perlancungan di Republik Papantanda Pakatam Selangor yakni PERLANCUNGAN POLITIK. 

Kalau dulu tradisi warga Indonesia datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan kini di bawah Republik Pakatam Selangor, warga Indonesia datang sebagai penasihat dan ketua-ketua ritual sosialisma untuk memimpin anak muda kita menjadi tunas-tunas Republik Baru.

Kalau dlu warga Singapura datang ke Malaysia untuk bersantai dan melancung kini mereka datang sebagai pencetus-pencetus dan pengajar-pengajar idealisma sosialisma dan republik kepada anak-anak muda Malaysia. 

Lonjakan pertambahan pendaftaran pengundi baru di Selangor mendadak naik. Dari mana mereka semua ini datang? Mustahillah kalau semua hantu-hantu dibangkitkan dari kubur dan jirat Cina. Memandangkan jumlah jirat Cina tidak banyak kedapatan di Selangor.

DAP Pakatam Selangor menguasai sepenuhnya dan berkuasa penuh di peringkat PBT. Sedangkan di peringkat PBT lah penentuan kawasan PDM. Secara terbuka warga Singapura menganjurkan kursus PACA. Kita masih tertanya-tanya kenapa Guan Eng membawa Bapa Republik Singapura melawat dan bergambar dalam pejabat Ketua Menteri di KOMTAR? 

Kita juga hairan dan pelik apabila segala butiran perundingan mengenai tanah KTMB di Tanjung Lumpur serta segala negosiasi diplomatik mampu diketahui oleh DAP Pakatam. Kita juga merasa anih kenapa Ketua Menteri Republik Pulau Pinang sering berulang-alik ke Singapura.

Kita merasa terkejut apabila Republik Papantanda Pakatam Selangor mengatakan soal murtad bukan tanggungjawab utama bagi sesebuah kerajan Republik seperti mereka.

Kita turut terperanjat apabila kepimpinan PAS Pusat memecat Hasan Ali kerana mengkritik amalan LGBTX Anwar Ibrahim dan mempertahankan kesucian akidah agama Islam. 

Sampai bila kita hendak sentiasa terperanjat dan terkejut kerana tindakan Pakatam? Hentikanlah apa yang Pakatam lakukan. Mari bersama membanteras kezaliman Pakatam. Anda semua mampu menghalang Pakatam dari menjadikan Malaysia sebah REPUBLIK NGERI RAKYAT MALAYSIA. 

2 ulasan:

mae berkata...

Sebab tu lah dulu umno merosot teruk kerana orang melayu tahu pemimpin umno terkini sudah tak mampu mempertahankan melayu dan tanah melayu. Mereka lebih berminat memelaysiankan malaysia kononnya lebih dari dap.

Jas Salleh berkata...

Selangor dalam kuas kejahatan Pakatam yang berjuang untuk memalaysiakan Malaysia. UMNO tak pernah lemah atau gentar menghadapi cabaran sepanjang zaman

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...