Isnin, 11 Jun 2012

PeBT LUBUK DUIT AMK PAKATAM SELANGOR. PAS PAKATAM DAPAT JAWATAN SAHAJA.

Aku bagi ko duit ko jangan enjoy tau !
Kumpulan Jutawan AMK Baru ! Yahoooo !!!

Cara baru PKR PAKATAM buat duit, rompak duit kemudian bazirkan duit. Alarh bukan duit PKR PAKATAM pun ni semua duit Rakyat. Tapi Rakyat dah bagi restu dalam PRU 12 untuk diperbodohkan dan dipertololkan oleh PAKATAM, apa nak cerita lagi kan? Merompak Ekonomi Selangorlah katakan. 

Apa benda plak PeBT nie ? Pasukan makan eskrem ke? PeBT ni Penggerak Belia Tempatan. Amboi, hinanya belia Selangor Pakatam layan. Pakatam anggap belia selangor nie semua pemalas sehinggakan PKR PAKATAM terpaksa melantik 300 orang jutawan baru untuk menjadi Penggerak Belia Tempatan. Lucu ! Ini semua nak kasi makan lah kat AMK. Kalau tak melangu lah puak AMK Selangor takde kerja dan hasil pendapatan bulanan. Ini kira macam rasuah kecik yang boleh dimaafkan mengikut skala piawaian makcik Ambiga. Risau gak PKR PAKATAM kot-kot AMK Pakatam dok lompat BN dan mengundi BN memandangkan PKR PAKATAN tak cukup beri makan. PAS PAKATAM apa dapat? 

Dalam gambar atok Khalid G senyumlah sebab lepas ni banyak lah anak ayam, anak itik dan anak ikan boleh bela. Yang bersalaman dengan Khalid senyum jugak sebab dapat dana peruntukan tetap secara bulanan sejumlah RM100,000.00 setiap bulan untuk jadi pendapatan dan tabung pilihanraya. Bijak betul puak Pakatam ni merompak. Bawah batang hidung kita selamba derk je pepuak Pakatam Kepala Lembu Hitam dok merompak.

Tapi paling kesian lah kat PAS PAKATAM. Nama je jadi EXCO jaga Belia tapi bila tengok struktur organisasi Perompak Belia Tempatan (PeBT) nie sekur haram orang PAS takdak. Yang ada puak DAP PAKATAM dan PKR PAKATAM kasi anak-anak ikan diaorg makan kenyang-kenyang. Anak-anak ikan PAS PAKATAM harap duit derma dari tabung masjid dna surau je la itupun kalau Azhar Idrus nak wakafkan.

Begitulah nasib semua persatuan belia di Selangor di mana kini Majlis Belia Selangor dikatakan hampir tiada peruntukan daripada Pakatam Selangor untuk buat kegiatan dan aktiviti kerana disalurkan kepada Perompak Belia Tempatan. Sedih sungguh nasib PAS PAKATAM. Cuma dapat pangkat dan jawatan sahaja tapi duit semua masyuuuukkk ke dala poket PKR PAKATAM dan DAP PAKATAM. Nasib ko la Lebai malang PAS PAKATAM !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...