PUAK YANG PALING PANDAI MERAPU DAN MEREPEK IALAH PAKATAM. TAK HAIRAN JIKA MEREKA BAKAL KALAH TERUK DALAM PRU 13. DEK KERANA ITU MEREKA SENTIASA MEROYAN MENGENAI TARIKH PRU 13. SUSAH SANGAT KE NAK TEKA BILA TARIKH PRU 13? TARIKH PRU 13 YANG PASTI IALAH SELEPAS HABISNYA MANDAT PRU 12 TAHUN DEPAN. BETUL TAK?
Baru-baru ini kerana tekanan kuat dari Noh Omar dan Mat Zin yang banyak mempersoalkan komitmen dan agenda tersembunyi Pakatam dalam isu krisis air dan sampah menyebabkan Pakatam terpaksa menjadi begitu defensif . dalam satu klip video sidang media Pakatam Selangor menjawab isu krisis air amat jelas Pakatam kehabisan modal untuk mempertahankan kedegilan dan kegilaan mereka mempolitikkan isu air.
Noh Omar dan Mat Zin mempertikaikan apakah usaha-usaha dan langkah-langkah Pakatam bagi mengatasi krisi rizab air di Selangor yang kin berada di tahap paling kritikal. Pakatam tidak menjawab langsung mengenai komitmen mereka untuk mengatasai krisis air. Sebaliknya Pakatam merapu mengenai Tariff Air dan WASIA. Apa kaitannya Tariff Air dan WASIA dengan komitmen Pakatam Selangor mengatasi krisis rizab air yang kritikal? Adoyai ... fenin kepala otak pemimpin Pakatam Selangor nie. Masaalah kritikal rizab air di Selangor tidak akan selesai dengan membangkitkan soal Tarif Air dan WASIA.
Rizab air bersih Selangor berada di paras 2.4% sahaja pada waktu ini, Tiada nampak sebarang usaha-usaha positif dan komitmen tinggi Pakatam Selangor melaksanakan sebarang gerak kerja positif mengatasinya. Paling tidak kita hendak tengoklah berapakah saiz besen untuk menadah air hujan ataupun sistem penapisan untuk menapis semula air kumbahan. Ini tidak kedengaran langsung. Lombong-lombong yang ada di Selangor pun tidak kedengaran dibersihkan dan disediakan untuk menjadi bekalan air.
Ini tidak lain tidak bukan memperjelaskan maksud dan agenda tersembunyi Pakatam engan membantu rakyat dan mendahului kepentingan politik mereka dari kebajikan rakyat. Kesian rakyat Selangor dapat Kerajaan Papantanda macam Pakatam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan