Rabu, 9 Mei 2012

SEDETIK LEBIH ... KISAH HATI

Sekali-sekala ambo pun nak menulis pasal kehidupan jugak dan tema yang berbeza tapi masih relevan dengan tema utama penulisan ambo selama nie. Ya lah, tajuk pasal hati. Politik juga berkisar tentang kisah hati .. pasal cinta ... pasal kasih ... pasal sayang ... pasal benda-benda jiwang-jiwang jugak. 

Sama jugak macam pasangan bercinta, ketaatan, kesetiaan, kepercayaan dan kejujuran menjadi kemuncak kepada penzahiran percintaan. Begitu juga di dalam politik, Pemimpin dan rakyat memerlukan ketaatan, kesetian, kejujuran dan kepercayaan. Di penghujunng percintaan dan di politik yang di cari adalah kesempurnaan dalam kebahgiaan. Tanpa ada kebahgiaan maka takde maknalah percintaan dan politik tersebut. 

Kebahgiaan tidak boleh di jual dan di beli dan di ukur dengan hartabenda. Kebahagiaan yang di taja dan di tampung oleh duit dan hartabenda akan hilang dalam sesaat apabila duit dan hartabenda itu turut hilang. Begitu juga di dalam politik. Politik wang tidak akan dapat mengekalkan kesetiaan, kejujuran, kepercayaan dan ketaatan pengikut. Wang bukan segala-galanya dan bukanlah kemuncak kepada percintaan.

Bagi mencapai kebahagiaan di dalam percintaan dan di dalam politik, seseorang itu wajib berkorban. Pengorbanan inilah menjadi ujian aisd kepada percintaan dan politik. Sejauhmana seseorang pasangan itu mampu berkorban? Sejauh mana pula seseorang pemimpin dan pengikut sanggup berkorban?

Kadangkala bila kita berkorban dan tidak mengharapkan orang tahu, sangkaan orang bahawa kita ini hanya menumpang kasih. Hamba tak tahu lah pasal orang lain, tapi sepanjang kehidupan hamba nie yang hamba belajar dan ketahui ialah untuk mendapatkan secubit kebahagiaan, hamba perlu melakukan perngorbanan seluas lautan agar orang lain menikmati kebahagiaan. Kebahagiaan bagi hamba ialah melihat orang lain bahagia. 

Manusia pada hari ni lebih memandang kepada hartabenda dan pangkat. Kalau setakat melakukan pengorbanan tenaga dan masa bagi standard manusia pada hari ini pengorbanan sedemikian tidak ada nilai langsung. Yang ada nilai hanya apa-apa benda yang boleh dinilaikan dengan matawang. 

Pendekata dalam suasana pada zaman ini, zaman yang dipenuhi dengan pelbagai fitnah yang tak pernah di dengari pun oleh nenek moyang kita dulu, kebahagiaan dalam percintaan dan di dalam politik itu di ukur dengan berapakah harga kesetiaan, kejujuran, ketaatan dan kepercayaan yang boleh di beli dengan matawang. semakin tinggi nilainya semakin tinggilah kebahagiaan itu di ukur. Kata-kata sudah tidak ada lagi sebarang nilai. 

Bagi hamba biarlah hamba berkorban apa jua asalkan saja orang lain bahagia dan hidup dalam kebahagiaan. Dunia ini bagi hamba tidak ada nikmatnya jika hamba tidak berkorban. Apa yang penting bagi hamba ialah maruah dan harga diri hamba biarlah Allah Ta'ala sahaja yang menilaikannya dan bukan mengikut penilaian mana-mana manusia. Kepada Mu Ya Allah, Hamba menyerahkan diri dan nyawa hamba bulat-bulat.


TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...