ANTARA ISU PANAS YANG DIBANGKITKAN OLEH PR DRAKULA ialah mengenai Pendidikan Percuma.
Dari situ, PR Drakula membina persepsi negatif mengenai PTPTN.
Justifikasi mereka ialah kerana PTPTN merupakan punca utama anak muda berhutang keliling pinggang. Rasional mereka, PTPTN menzalimi amak muda kerana mereka yang tak mampu bayar (enggan bayar) akan disenaraihitamkan dan dikenakan larangan ke luar negara.
Mari kita kaji dan analisa justifikasi dan rasionalisasi PR Drakula tersebut. Adakah ianya merupakan Persepsi Terpilih bersifat propaganda politik atau sememangnya betul PTPTN membebankan anak mnatijah jika uda.
PTPTN adalah suatu kemudahan kepada anak muda untuk melanjutkan pelajaran di menara gading.
Kenapa ianya adalah satu kemudahan dan bukan satu kesenangan?
Cuba anda fikir, berapa ramai ibubapa yang benar-benar berkemampuan untuk menanggung kos sara hidup dan biaya pendidikan anak mereka di menara gading?
Ok lah , ada orang akan jawab, kenapa perlu dikenakan yuran pengajian tinggi ? Kenapa tak dimansuhkan saja?
Baiklah, apakah impak, kesan dan natijah jika Yuran Pengajian dihapuskan dan direndahkan?
Adakah tindakan itu membawa manafaat dan kebaikan untuk semua?
Atau tindakan itu mendatangkan keburukan dan kemudaratan sahaja?
Adakah PTPTN kekal sebagai jumlah pinjaman ? Sebenarnya ada kelonggaran di mana ianya boleh menjadi biasiswa jika mahasiswa mengekalkan kecemerlangan akademik mereka. Bagi mendapatkan keistimewaan itu, seseorang mahasiswa perlu belajar tekun dan menumpukan perhatian kepada pengajian mereka.Mungkin ada yang mengatakan, 'Aah alasan bodoh!'. Bodoh ? Adakah kita mahu mahasiswa kita hanya mencapai tahap sederhana dalam pengajian mereka?
Sekarang kita berbicara mengenai pembayaran balik PTPTN samada ianya membebankan anak muda atau hakikatnya ianya tidak membebankan anak muda.
Berapakah gaji yang mampu dimiliki oleh anak muda sekarang? RM1,500 ? RM 2,000 ? RM 3,000 ?
Pihak PR Drakla telah membuat generalisasi mengenainya dengan membuat pukul rata gaji yang hanya mampu anak muda terima ialh RM1,500. Adakah anak muda Malaysia ini hanya bergantung kepada gaji semata-mata ? bagaimana pula dengan peluang-peluang lain untuk menjana pendapatan? Adakah ianya tertutup buat anak muda?
Seorang anak muda bernama Abdul Jalil bekerja sebagai Pegawai Eksekutif dengan gaji pokok RM1,800.00. Pada setiap hari minggu, Abdul Jalil melakukan kerja sambilan yang tidak membebankan beliau dan dari situ beliau memperolehi pendapatan tambahan sebanyak RM1,500. Hampir sama dengan gaji bulanan beliau. Pukul rata beliau memperolehi pendapatan sebanyak RM 3,300.00 sebulan. Pembayaran balik PTPTN beliau telah menghubungi para pegawai PTPTN dan mengatur jumlah yang mampu beliau bayar pada setiap bulan. Hasilnya, beliau tidak terbeban sedikitpun.
Bagaimana? Anda setuju?
TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU.
1 ulasan:
Teman bayo RM50 jer sebulan masa memula kojer tahun 2000, sekarang dah langsai. Adakah fuckatan boleh refund duit Teman RM35,000.00?
Hanya pelajar yang malas belajar, ghairah berpacaran, gila berjawatan dalam persatuan dan mabuk dengan idealisme kepala hotak mereka menentang kerajaan saja yang selalunya result CGPA mereka tercorot. Bila gagal dan tak mampu nak bayar, salahkan kerajaan dan mintak difreekan PTPTN mereka...bila tak dapat kerja sebab tak qualify salahkan kerajaan lagi. Memang jenis manusia haprak, bangsat, lekeh, tak tahu dek untung dan kufur nikmat!
Catat Ulasan