Sabtu, 7 April 2012

MALAYSIA MERIAH: ULANGTAYANG SEMUA ISU POLEMIK POLITIK TANAHAIR.

SEGMEN MALAYSIA MERIAH.
Himpunan Polemik Isu Politik Tanahair dalam Seminggu.

Subhanallah wa Alhamdu-Lillah wa La-Ilaaha-Illalaah wa Allahu-akbar 
La Haula wa la quwwata illa billahil-'aliyil-adzhiim. 

MELAYU MUDAH LUPA.
CINA MUDAH TERLUPA
INDIA ASIK INGAT-INGAT LUPA 
YANG LAIN DILUPAKAN.

Mutakhir ini Malaysia sentiasa dimeriahkan dengan pelbagai jenis skandal dan polemik isu politik. Ianya berpunca daripada gerak kerja siri ceramah seluruh pelusuk rantau Malaysia oleh beberapa orang politikus Malaysia yang berperang mendapatkan kuasa dan membalas dendam. Di tambah dengan siri ceramah setiap masa di masjid, di surau dan di kedai kopi. Dalam seminggu ini, amat hangat diperkatakan mengenai Sistem Pilihanraya, PTPTN, skandal harta kekayaan peribadi Azmin Ali, saman Anwar kepada Nallakaruppan. isu LYNAS, isu kilang Vale di Perak, isu sampah di Selangor, isu banjir kilat di Selangor dan soal BR1M.

JKTP- SISTEM PILIHANRAYA (PENAMBAHBAIKKAN)

Setelah agak reda isu NFCorp dengan pendakwaan ke atas Pengarah NFCorp dan perletakkan jawatan Kak Ijat sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, persada politik negara kembali hangat dengan isu tuntutan pembangkang mengenai Sistem Pilihanraya yang meletakkan mereka sebagai pemerintah di empat buah negeri dalam PRU 12 lalu. 

Apabila keputusan JKTP Penambahbaikkan Sistem Pilihanraya cuba dibentangkan unutk dibahasakan, ianya telah di tentang dnegan begitu hebat oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang atas .. err ... errr .. ntah apa alasan kecuali dikatakan mereka sebuah Laporan Minoriti tidak dimasukkan. Menurut Nazri Aziz dan P Kamalanathan, Laporan Minoriti tersebut telah di tolak dalam pengundian keputusan panel 7 orang ahli JKTP berkenaan dan prosedur ini turut dipersetujui oleh 3 ahli Parlimen pembangkang yang menjadi panel JKTP berkenaan.Sampai sekarang kita pun ta tau apakah isi kndungan Lapuran Minoriti tersebut. Tapi penting sangatkkah Lapuran Minoriti berkenaan? Sebab ahli Parlimen pembangkang ini semuanya idah bercabang. Suka menipu.

Keluarlah ugutan daripada Jawatankuasa Pemandu BERSIH untuk mengadakan BERSIH 3.0 jika semua 8 tuntutan BERSIH tidak dipenuhi. Ya la tu, hari ini mintak esuk lusa dah nak tengok implementasi. Tak masuk akal. Jadi BERSIH anjurkan DUDUK DAN BANTAH Sistem pilihanraya yang telah memberikan kemenangan kepada pembangkang menguasai empat buah negeri dalam PRU 12 lalu. Logik tak? 

Pada kali ini, Pak Samad Said di seret ke dalam kancah polemik ini. Anih bagaimana seorang sasterawan negara di seret dari kancah seni ke kancah politik. Hancur jadinya. Bukan ahli yang diberikan amanah.

PENGHAPUSAN PTPTN - ANWAR PUNYA KEPALA HOTAK.

Anwar Israel buat kecoh berjanji kepada komuniti mahasiswa menghapuskan PTPTN bagi memujuk mereka mengundi pembangkang . Belum berkuasa memanglah semua benda boleh berjanji. Macam janji beliau nak mansuhkan AUKU semasa beliau di dalam ABIM. Bila pegang jawatan Menteri Pendidikan, AUKU tak dihapuskan juga. Bila jadi Ketua Pembangkang barulah teringat nak hapuskan AUKU balik. Terbukti Anwar Israel suka berjanji tapi tak pernah tunai janji. Ternyata Anwar Ibrahim juga punyai idea buat PTPTN dan di sokong kuat oleh Lim Kit Siang. 

BR1M.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Kerajaan tak beri duit dikatakan zalim. Bila kerajaan beri duit, dituduh merasuah rakyat. Bila diceritakan mengenai kisah suka seorang ibu bertemu kembali dengan anaknya, ada pula yang tak puas hati dan keluarkan cerita sedih tak berapa menyayat hati. Inilah peel orang Malaysia. Bila tak dapat marah, dah dapat pun marah. Orang lain punya gembira tak disukainya, sendiri tak gembira disalahkan kepada kerajaan. Bila nak berubah? Bukankah kisah suka duka dan macam-macam pengalaman hidup adalah asam garam kehidupan itu sendiri? Kenapa nak persalahkan kerajaan? Kenapa tak salahkan diri sendiri?

ISU ALAM SEKITAR- LYNAS & VALE.

Ini satu lagi polemik yang hanya berdasarkan kepada emosi sahaja. Kerajaan telah berusaha dan meneliti semua aspek keselamatan dan impak kepada alam sekitar terutama kepada rakyat jelata. Tapi apa yang berlaku? Habis semua fakta diautakan. Akhirnya rakyat menjadi keliru. Rakyat ambil jalan mudah ikut sahaja  semua auta pembangkang. Kegagalan kilang nadir bumi di Bukit Merah 20 tahun lalu tidak boleh dijadikan perbandingan secara lateral dan literal kepada LYNAS. Kilang itu gagal kerana digagalkan oleh hasutan jahat DAP Perak. Akibatnya projek tersebut terbengkalai dan menjadi caca marba.

Kilang VALE pula menjadi sasaran. Setelah diselidiki ternyata kelulusan telah diberikan oleh bekas MB Perak si Nazri Lambai. Apa cerita ? Masa itu kenapa protes tidak ada dan tidak sehebat sekarang? Bukankah itu bermakna, kilang VALE sudah dipolitikkan? 

Bahayanya ialah polemik-polemik ini diketahui oleh semua pelabur asing. Khabar angin mula merebak di kalangan mereka. Ini boleh membawa akibat pelabur asing sukar untuk melabur di Malaysia. Akhirnya siapa yang susah? Rakyat juga yang susah. Apabila diselidiki ternyata semua kempen-kempen tersebut telah di taja oleh dana-dana luar negara yang mempunyai kepentingan monopoli dalam industri-industri berkenaan.

POLEMIK PENDEDAHAN NALLAKARUPPAN.

Nallakaruppan mendedahkan mengenai amalan biseksual Anwar Ibrahim malah mengaitkannya pula dengan Azmin Ali dan Shamsidar. Nalla mendedahkan beliau mempunyai bukti perhubungan cinta tiga segi yang bersegi di antara Anwar Ibrahim-Azmin Ali-Shamsidar. Hubungan tersebut melahirkan seorang anak perempuan. 

Selain itu didedahkan juga mengenai penumpukkan kekayaan peribadi Azmin Ali pada masa beliau bergaji hanya RM2000.00 sebulan. Apabila Ketua Cabang AMpang Mohd Isa Mohd Saidi mencabar Azmin Ali berkata jujur. Azmin Ali kata ' Orang Gila yang Buta dan Tuli Percayakan Fitnah itu'. Akhirnya, Zuraida memecat Ketua Penerangan Cabang Ampang tersebut dengan serta-merta. 

Nalla telah pun diberikan notis saman oleh Anwar Ibrahim tapi prosidingnya entah bila, Segala bahan bukti akan dikemukakan oleh Nalla di dalam perbicaraan. Barulah ngam dan tidak ada kecurigaan kerana semua bahan bukti akan di uji kebenarannya.

ISU SAMPAH & BANJIR KILAT DI SELANGOR.

SELCAT masih tak menyiasat apa-apa. Kontrak sampah telah diberikan kepada kroni PKR melalui dikatakan oleh CASSA pemberian secara runding terus. Ronnie Liu pula sanggup subsisdikan kroni dengan pembelian 50 buah mesin kompaktor sampah. Sewa percuma. agaknya lah. Alam Flora pula terpaksa menanggung kerugian kerana PKR DRakula tak bayar lagi baki hutan beratus juta kepadanya akibat penamatan perkhidmatan mengutip sampah pepejal isirumah.

SELCAT cuma mengadakan pendengaran awam menyiasat kenapa berlaku banjir kilat di merata negeri Selangor. Rakyat susah akibat banjir kilat, SELCAT buat pendengaran awam. Masaalah tak selesai juga. Dengar masaalah bukan selesaikan masaalah. Itulah cara Pakatan Drakula perintah Selangor. Sebab itu masaalah semakin menimbun macam sampah sedang menimbun. 

Mangsa banjir kilat hanya menerima bantuan daripada BN sahaja. Ini kerana majoriti mangsa banjir ialah orang Melayu bandar yang tidak di benci oleh DAP.

ISU MURTAD.

Hasan Ali mendedahkan rakaman klip video pengakuan beberapa orang yang terlibat di dalam kegiatan kristianisasi dan memurtadkan umat Islam di Selangor. Perkara ini menyebabkan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani di atas arahan pimpinan PAS Pusat mengeluarkan kenyataan ' Murtad tak penting yang penting pengundi hantu'. Astaghfirullahal-adzhiim. Begitulah PAS teruk di buli oleh sekutu politik mereka dalam Pakatan Drakula. Akhirnya Khalid G putuskan tubuh sebuah Jawatankuasa Pemandu memantau Jabatan Agama Islam Selangor bagi menutup segala bukti gerakan kristianisasi yang didalangi oleh DAP. Suatu tindakan yang amat terkutuk dan tercela kerana ianya menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan Perlembagaan Malaysia berkenaan status agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan negeri-negeri.

Banyak lagi polemik-polemik politik yang tak masuk akal seperti tuntutan Dong Zong di mana Timbalan Menteri pendidikan telah di serang oleh para demonstran tanpa sebab. Malah turut didedahkan mengenai skandal RM445 juta pembelian KBB oleh Anwar Ibrahim pada 1997. 

Rakyat Malaysia mampu menghentikan semuanya ini dengan menolak Pakatan Drakula. Sudah jelas dan nyata politik Pakatan Drakula tidak menguntungkan majoriti rakyat Malaysia. Anda cuma dapat polemik politik apabila anda ajukan permasaalahan anda kepada Pakatan Drakula PAS DAP PKR. 

Sebaliknya kerajaan BN sentiasa mencari jalan bagaimana hendak memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.  Fikirkan dan renungkan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...