Ahad, 22 April 2012

ANWAR KATA 'TUNDA', KHALID G KATA 'KAU MENGADA' SPR SETUJU LAKSANAKAN PEMBAIKAN.


TAJUK PANJANG ceritanya pendek jek. Bukan apa senang orang ramai nak mencerna semua maklumat yang bertaburan di sana sini dalam internet. Artikel ini nak cerita sekaligus pasal perkembangan terbaru berkaitan Sistem Pilihanraya Malaysia nie. Masih ingat tak kenyataan Anwar Ibrahim mengarahkan DUN Selangor tak yah bubar serentak dengan pembubaran Parlimen? Selepas kena kutuk dan di sindir tajam, Khald G pula keluarkan kenyataan ' Kerajaan negeri Selangor nak berbincang dulu dengan SPR'. Nampak tak lawaknya PKR nie kat Selangor? Apa maknanya? Maknanya, PKR Selangor dah tau awal-awal diaorg akan bungkus kow-kow punya dalam PRU 13. Sebabnya banyak sangat janji-janji sebelum PRU 12 dulu asik dok ditunaikan pada papan-papan iklan gergasi sahaja. Buatnya tidak juga. 

Oklah berbalik kepada cerita bang Nuor Papa Hebat dengan Khalid G mengenai pembubaran DUN Selangor. Sekur kata tunda, sekur kata tunggu berbincang dengan SPR. Inilah status terkini mengenainya. Tu la pasal kan diaorang nie. akai ntah mana diletakkan oleh mereka semua nie. Gelak betul tengok peel mereka ini. Berikut adalah kenyataan SPR :-
Panel SPR, yang ditemui kelmarin, telah bersetuju untuk melaksanakan kesemua cadangan yang dibuat, juga termasuk 22 cadangan lain yang diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan akan perkara tersebut dalam satu kenyataan.
Suruhanjaya tersebut telah melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dibawa oleh jawatankuasa itu di dalam laporan mereka.
Berkenaan dengan cadangan lain yang diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen, tujuh daripada panel yang terlibat telah bersetuju untuk melaksanakan kajian terhadap perlaksanaan cadangan tersbeut.
"SPR kini sedang bertungkus-lumus dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan PRU. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti proses pilihanraya selaras dengan rangka kerja undang-undang dan keupayaan kami untuk melaksanakannya, " kata beliau.
Bagi tempoh untuk berkempen, Abdul Aziz berkata bahawa SPR akan menentukan perihal tersebut dalam satu mesyuarat khas setelah Parlimen dibubarkan dan juga tarikh-tarikh penting bagi PRU-13.
SPR juga telah bersetuju untuk mengambil beberapa langkah penting supaya setiap parti dan calon boleh mendapat akses yang adil kepada media. "Untuk perkara ini, kami akan mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua parti bagi membingcangkan akan hal ini," tambah beliau.
SPR juga telah bersetuju untuk menambah jumlah kemudahan undi pos untuk digunakan oleh rakyat yang berada di luar negara. "Cara ini adalah cara yang paling sesuai. Setiap undi yang dibuat akan dihantar ke pegawai-pegawai negeri bagi mereka yang sudah mendaftar sebagai pengundi,"
Bagi media pula, SPR menyatakan bahawa mereka perlu memohon untuk undi melalui pos kepada pegawai di kawasan masing-masing dan permohonan mereka perlulah disahkan oleh majikan mereka.
Bagi pekerja pilihanraya pula, suruhanjaya tersebut berkata bahawa mana-mana pegawai pilihanraya yang bertugas semasa hari pengundian dijalankan, mereka boleh membuat undi secara pos.
Bagaimanapun, SPR akan memberi lebih perhatian bagi mereka yang bertugas di kawasan pengundian. "Pengundi-pengundi ini akan membuat undian mereka di tempat kerja," kata beliau.

Apakah demo BERSIH 3.0 masih relevan ?
Kena ingatlah SPR buat kenyataan bukan kerana tekanan perkhemahan di Dataran Merdeka.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...