Ahad, 8 April 2012

ANAK SELANGOR DIANAKTIRIKAN DALAM PENDIDIKAN OLEH KERAJAAN DRAKULA SELANGOR.


Lidah rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangor Ku sedang mempromosi acara himpunan untuk anak muda dan mahasiswa menggesa pihak kerajaan memansuhkan PTPTN dan menuntut pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

Itu terpulang kepada anak muda dan mahasiswa untuk melibatkan diri. Sebaiknya pastikan acara itu mendapat kelulusan polis untuk memastikan keselamatan terjaga dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Dalam anak muda dan mahasiswa menggunakan ruang bersuara yang mendapat sokongan kerajaan negeri, ada baik juga mereka menilai prestasi dan janji-janji kerajaan negeri.

Kerajaan negeri menyokong anda menuntut pelajaran percuma tetapi hendak juga sedarkah anda kerajaan negeri sendiri tidak memberi pelajaran percuma keapda penuntut Unisel. Malahan yuran Unisel bertambah meningkat.

Jika diingat kembali dalam manifesto Pakatan rakyat ketika Pilihanraya Umum ke 11, mereka janjikan sejumlah sumbangan lebih seribu ringgit untuk semua anak Selangor yang berjaya masuk Universiti.

Dapatkah sudah semua anak Selangor sumbangan itu?

Jika benar kerajaan negeri begitu percaya kepada perlunya pelajaran percuma, apa kata mereka biayai dalu semua yuran dan perbelanjaan keapda semua penuntut yang belajar di sekolah-sekolah rendah, menengah, kolej pra U dan kemahiran, dan Universiti.

Malangnya mereka sendiri tidak lakukan apa yang dikata dan janji. Program untuk tadika itu bila nak mula. Sudah tiga tahun lamanya Pakatan memerintah Selangor. Haraop adalah program sedemikian dan tersebar manafaatnya dan bukan hanya untuk golongan tertentu.

Maklumlah juga dengan kedudukan kewangan Yayasan Selangor yang ternyata dalam keadaan parah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, banyak program pelajaran dan latihan yang ada ketika dibawah pentadbiran Barisan Nasional sudah tiada.

Institiut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) ditutup dan pelajar yang ada dipindahkan ke institiut biayaan swasta yang diluar kemampuan ibubapa penuntut dari keluarga miskin.

Tidak tahu adakah peluang yang sama untuk penuntut yang cicir di sekolah dan penuntut keluarga miskin untuk masuk tanpa bantuan Yayasan Selangor.

Biasiswa untuk penuntut miskin masuk sekolah di awal tahun sudah dihentikan dan dibawah penjagaan badan lain dibawah kelolaan kerajaan negeri. Ini hanya bermakna jumlah bantuan pelajaran sudah berkurangan dari dahulu ada dari yayasan dan kerajaan negeri tapi kali ini hanya dari kerajaan negeri saja.

Asrama Tun Dr Ismail dan Toh Puan Nor Asihikin sedang dalam proses diroboh untuk dijual tapaknya kepada pemaju perumahan tanpa ada usahasama dengan yayasan Selangor untuk melabur.

Kedua-dua asrama tersebut berperanan memberi penginapan yang selesa dan sesuai untuk penuntut dari luar bandar belajar dan mendapat tempat di sekolah-sekolah di bandaraya yang lebih baik.

Dengan ini, terputuslah peluang pelajar dari luar bandar untuk mendapat kemudahan pembelajaran yang lebih baik di sekolah-sekolah bandar.

Kalau kerajaan negeri hanya pandai berhelah memberi alasan, perlukah anda menghadiri himpunan yang penganjurnya hanya cakap tak serupa bikin.

Inikan lagi jika ianya hanya untuk jadi raptai bagi Bersih 3.9 mempergunakan anak muda dan pelajar setelah somongan dari golongan dewasa dan lebih tua menurun kerana hilang percaya dengan kerajaan Pakatan rakyat yang hany apandai berpolitik tetapi tidak tahu mentadbir dan mengkota janji.

Sumber SEL13

Janji atas janji samapi bila kerajaan Drakula Selangor hendak tunaikan janji-janji secara jujur ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!
DAP KOMUNIS
PAS KENA BULI
PKR TAKDE AKHLAK

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anak yatim diselangor ditindas oleh khalid gagap...hancur selangor oleh depa ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...