Khamis, 8 Mac 2012

PKR SELEWENG MUDAH SAMPAI SAMPAH BERSEPAH RAKYAT MENYUMPAH

"SAMPAH BERSEPAH RAKYAT MULA MENYUMPAH"




SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pembahagian kontrak kutipan sampah di Selangor.

Laporan polis itu dibuat oleh Presiden Cassa Datuk Dr Jacob George di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 di sini.

Beliau berkata, Cassa juga akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berkenaan kerana pihaknya menerima lebih 30 aduan daripada orang ramai dan kontraktor yang tidak berpuas hati dengan pembahagian kontrak berkenaan.

Jacob mendakwa pembahagian zon kutipan antara kontraktor yang dipilih juga menimbulkan keraguan kerana terdapat sesetengah kontraktor diberikan tiga zon kutipan sampah sedangkan ia tidak berlaku sebelum ini.

"Pelik apabila satu kontraktor mendapat tiga zon kutipan sedangkan setiap kontraktor sepatutnya mendapat satu atau dua zon saja untuk kerja-kerja kutipan sampah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata jika kerajaan negeri masih berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan, Cassa juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat prosedur pembahagian tender berkenaan.

Beliau berkata, Cassa juga akan mengadakan ceramah di seluruh daerah di Selangor untuk mendedahkan kepada rakyat tentang salah guna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri jika tiada tindakan yang dibuat bagi menangani
isu ini.

Jurucakap polis IPD Shah Alam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.


TQ GWM.

TEPUK DADA TANYA IMAN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nanti kata pencacai taik PR akan SPIN dan kata yang Dr. Jacob George ni orang UMNO dan berusaha untuk sabotaj masalah ssampah kat Selangor ni...

Kah kah kah kah kah.... orang UMNO ade nama Jacob George ke???

Jas Salleh berkata...

bRO BAPAK PENYAMUN DAKWA PROTEGE PEROMPAK ... APA AGAKNYA KEPUTUSAN YANG DICAPAI?
HAHAHAHHHAHAHAHHAHAHAHHA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...