Azizan MB Kedah kata Buku Jinggay tak sesuai diamalkan di Kedah. Beliau memberikan perbandingan dengan hudud potong tangan kerana mencuri. Menurut beliau sedangkan hudud potong tangan tidak dilaksanakan bila keadaan tidak mengizinkan.
Hamba memahami kata-kata Azizan itu bermakna:-
- Azizan sependapat dengan DS Najib dalam soal perlaksanaan Hudud di Malaysia yakni keadaan dan suasana yang ada tidak kondusif dan perlaksanaan hudud ditangguhkan sehingga tiba masa yang kondusif;
- Buku Jinggay tidak boleh ditaati lebih daripada al Quran dan hadis;
- Azizan sependapat dan menyokong penuh Hasan Ali.
Cuma agak musykil kerana dalam soal pengurusan tanah wakaf yang melibatkan Madrasah Salihiah, Kanchut, Azizan nampaknya cuai.
Episod terbaru ini membuktikan kepada kita semua betapa PAS sudah kehilangan arah dan betapa kepimpinan tertinggi PAS sudah terlalu jauh menyintai harta dan pangkat.
Sekali lagi hamba berpendapat bahawa labelan UMNO SEKULAR yang diberikan oleh PAS selama 64 tahun kepada UMNO dengan sendirinya dibuktikan oleh PAS adalah sebuah fitnah besar. Na'uzubillahi min zalik.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan