Rabu, 8 Februari 2012

OMG ! RPK DAKWA PAKATANG LAKUKAN JENAYAH PEMBUNUHAN UNTUK MENUTUP SKANDAL PENYELEWENGAN PASIR.

Siapakah Beliau ? 
Mengapa beliau di bunuh ? 
Siapakah yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan beliau? 
Apakah Kaitan Pakatang dengan pembunuhan beliau?
Apakah kaitan pembunuhan beliau dengan skandal penyelewengan pasir di Selangor?
Benarkah dakwaan RPK mengenai nya ..... ????

Kematian Altantuya di war-warkan oleh Pakatang sebagai Pembunuhan Kejam oleh PDRM.
Tidak ada bukti mengatakan bahawa pembunuhan itu ada kaitan dengan DSN dan DS Rosmah.

Kematian Teng Beng Hock diwar-warkan oleh Pakatang sebagai Pembunuhan Kejam oleh SPRM.
Tidak ada bukti jelas mengaitkan porsedur soal siasat SPRM menyebabkan TBH terjun bangunan tetapi dalam Siasatan Komisi DiRaja didedahkan oleh saksi mengenai penyelewengan DAP dalam pemerolehan kontrak kuota Bumiputera. Isu itu didiamkan sahaja tanpa sebarang tindakan lanjut.

Isu NFCORP & NFC diwar-warkan oleh Pakatang sebagai Penyelewengan Serius oleh BN.
Walaupun sebenarnya seorang parasit Pakatang telah menggelapkan wang NFCORP sebagai usaha sabotaj. Sehingga kini Pakatang tidak mengemukakan sebarang bukti mengatakan berlakunya penyelewengan dalam urustadbir NFCORP dan perlantikan NFCORP dalam projek NFC.

Isu Khir Toyo diwar-warkan oleh Pakatang sebagai Rasuah Serius oleh UMNO.
Dalam perbicaraan terdapat percanggahan mengenai nilai hartanah yang di beli oleh Khir Toyo. Saksi Utama SPRM pula merupakan pembeli kedua yang menjualkan semula hartanah yang telah di bina semula kepada Khir Toyo. Tiada pembuktian jelas mengenai niat atau sebarang bukti jelas yang membuktikan adanya dorongan daripada Khir Toyo kepada saksi utama.


The Flying Kicik menulis:-
Setelah dua tahun berlalu, isu pembunuhan seorang ahli perniagaan bernama Datuk Patrick Wong muncul semula. Dan orang yang menyebut kembali kes pembunuhan itu adalah RAJA PETRA KAMARUDDIN, bekas MUNSYI yang digaji oleh Anwar Ibrahim. (BACA DI SINI)
Patrick Wong adalah ahli perniagaan yang mengumpulkan pelbagai bukti untuk menunjukkan berlakunya penyelewengan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Bagaimanapun, hanya dalam tempoh dua minggu sahaja, Patrick Wong ditemui mati di balkoni rumahnya. 
Siasatan polis menunjukkan berlakunya kes jenayah. Bagaimanapun, siasatan sehingga ke hari ini tidak membawa kepada sebarang penangkapan. 
Malah isu penyelewengan tersebut hilang begitu sahaja dan tidak lagi diperkatakan. Sebaliknya seluruh kekuatan Pakatan Rakyat telah digunakan untuk mengalihkan isu berkenaan. Pakatan Rakyat berjaya kerana isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat, meskipun tidak penting dan remeh, menjadi perhatian. 
Bahkan isu seperti BANGLO KHIR TOYO berjaya mengalihkan terus isu pembunuhan ahli perniagaan yang kalau hidupnya, mungkin akan menyebabkan Teresa Kok dan Khalid Ibrahim berada di penjara sekarang ini! 
Kalau dahulu RPK mengumandangkan kisah pembunuhan Altantuya Shiiribu yang membuatkan Anwar Ibrahim yang tidak tahu apa-apa pun, berlagak macam dia berada di tempat kejadian, pembunuhan Patrick Wong bagaimanapun, tidak menarik perhatian mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat untuk memperkatakannya. 
Dan jangankan kes pembunuhan tersebut, nama Patrick Wong juga seolah-olah satu sumpahan kepada Pakatan Rakyat.

Baca seterusnya di sini TFK

Kenapa Pakatang tidak mahu mendesak agar siasatan pembunuhan ahli perniagaan itu disegerakan?

Tidak teringinkah Khalid G, Teresa Kok dan Ronnie Liu ingin mengetahui sebab, punca dan siapakah yang bertanggungjawab dalam pembunuhan itu?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SEPATUTNYA PAKATAN RAKAT MENDESAK KERAJAAN PUSAT MENGAMBIM TONDAKAN DENGAN KADAR SEGERA IAITU MENUBUHKAN SIASATAN DIRAJA. INI UNTUK MEMBERIKAN KEADILAN KEPADA MANGSA DAN KELUARGANYA. LIM KIT SIANG, HADI AWANG DAN ANWAR IBRAHIM TOLONG DESAK KERAJAAN MENUBUHKAN SIASATAN DIRAJA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...