Jumaat, 3 Februari 2012

MESEJ DALAM GAMBAR INI UNTUK SIAPA SEBENARNYA?


Kembali mengingati detik DS Najib menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin UMNO (kata-kata itu diucapkan di hadapan perwakilan pemimpin-pemimpin UMNO tercipta hasil rungutan orang dan ahli UMNO di akar umbi) bahawa perlunya berubah sebelum rebah ( bukan UMNO rebah tapi pemimpin-pemimpin dan ahli UMNO yang suka membodek sampai naik gila).

Mesej DS Najib tersebut sejak ianya diucapkan seringkali diputarbelitkan oleh golongan pembodek tegar yang memang tidak reti bahasa apa-apa pun. Termasuklah golongan opurtunis dan golongan broker politik. Bangang tak berkesudahan. Mereka inilah yang paling sukar berubah. 

Mereka inilah yang mencemari imej UMNO. Merekalah yang membawa gejala serta segala virus keburukan dan kejahatan ke dalam UMNO sehingga tidak boleh di kritik mahupun di tegur oleh sesiapa pun kerana mereka fikir hingusan hijau pekat yang meleleh dari kedua lubang hidung mereka lebih masin daripada kemasinan mulut akar umbi.

Merekalah yang seringkali menyalahkan akar umbi dan amat gemar menipu akar umbi dan kepimpinan tertinggi dengan label-label dan slogan-slogan seperti Revolusi Minda Ke jadah dan sebagainya.

Masalah UMNO bukan kerana UMNO itu bernama UMNO tetapi kerana kelompok pembodek dan budak hingusan yang bermasalah. Mereka ini adalah hasil legasi peninggalan Anwar Ibrahim.

BERUBAHLAH SEBELUM REBAH!

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...