Selasa, 21 Februari 2012

MEH TOLONG RAMAI-RAMAI ANAK COMEL INI.



Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center)?," tanya saya.

"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.

Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.
Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.

"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.

"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya.

"Insurance coverage macamana?," soal saya.

"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.

Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.

Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.

Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).

Ihsan Blogg Mazidul Akmal melalui Papa Gomo.

Komen JSE: Sorang bantu RM10.00 , cuma memerlukan dalam 7,500 orang sahaja untuk mencukupkan RM75,000.00. Apa ada hal pun RM10.00. Mari kita jadikan RM10.00 sebagai amal jariah nak beri lebih dari itu pun tak apa. Mohon kerjasama semua sebarkan ini. Makin ramai membantu walaupun menyumbang dalam jumlah sedikit tapi bila terkumpul menjadi banyak. Yea tak?

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...