Rabu, 15 Februari 2012

CELIK BUDAYA BUTA AGAMA PAS YANG SEMAKIN TIDAK RELEVAN.

Semasa perayaan sambutan Tahun Baru Cina, PAS begitu mendabik dada dengan keterbukaan mereka mengamalkan CELIK BUDAYA (Buta Agama). Amalan tersebut terlalu terbuka sehinggakan ada pemimpin PAS begitu bangga sekali apabila gambarnya memberikan angpau kepada penjual khinzir di pasar disebarkanegitu bergembir. Malah pemimpin PAS tersebut bergembira dapat bergambar bersama-sama penjual daging khinzir dengan kepala-kepala dan daging-daging khinzir yang turut 'memberikan sokongan' kepada amalan keterbukaan pemimpin PAS tersebut. Tidak berhenti di situ, ada sebuah cawangan PAS pula menganjurkan persembahan tarian naga di hadapan ibupejabat baru mereka baru mereka di sebuah negeri. 

Di peringkat kedewaan tertinggi PAS pula, kita semua maklum mengenai keterbukaan Mahadewataraya Nik Ajih berpegangan tangan dengan sami-sami Buddha serta memakai pakaian kebesaran sami Buddha. Tapi itu tidak mengapa bagi PAS kerana kesemua amalan tersebut adalah 'Polisi Keterbukaan' PAS berwajah Sosialis Religus. Tidak mengapa. kerana manusia PAS adalah para Dewa yang terpelihara dai segala dosa-dosa kecil mahupun besar kecuali hadas kecil dan hadas besar.

Oleh kerana 'Amalan Keterbukaan' tersebut adalah amalan mulia para Dewa PAS maka ianya tidak boleh samasekali di tiru mahupun dilakukan oleh mana-mana pemimpin lain selain Dewa PAS. Kerana itulah DS Najib di kritik hebat dan kecam oleh puak PAS apabila menghadiri perayaan Thaipusam sebagai keprihatinan beliau kepada rakyat beragama Hindu. 

Dari satu sudut pandang yang berbeza ternyatalah DS Najib lebih disayangi oleh akar umbi PAS brbanding para Dewa PAS. Sudah tentulah kecintaan tersebut mengundang suatu kecemburuan di pihak Dewa PAS. Mana boleh pemimpin lain lebih disayangi daripada mereka terutama jika pemimpin itu ialah DS Najib sendiri!

Hamba menasihati kepada semua agar tidak mudah terpedayalah dengan cara manusia PAS dan para Dewa PAS mengkritik DS Najib. Itu semua adalah penzahiran kasih sayang dan sokongan manusia PAS dan kecemburuan Dewa PAS kepada DS Najib yang semakin di terima oleh rakyat Malaysia. Manusia PAS tidak mahu DS Najib tergelincir jauh sepertimana berlaku kepada para Dewa PAS. Manusia PAS sedar bahawa hanya kepada DS Najib sahajalah mereka boleh meletakkan kepercayaan mempertahankan akidah Islam berbanding dengan para Dewa PAS yang seringkali tidak dapat membezakan manakah perayaan Budaya dan manakah Akidah. Lihat sahaja apa berlaku kepada Hasan Ali. Hanya dengan mengkritik DS Najib barulah nampak sedikit relevannya PAS ini di mata HINDRAF dan DAP. Tanpa kritikan tersebut HINDRAF dan DAP pun agak sukar menyebut PAS kerana kependekan lidah mereka disebabkan pendiknya akal mereka.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...