Isnin, 2 Januari 2012

RUSUHAN SMM DI UPSI , ENCIK INTELIGEN YANG KURANG MATANG.


POLITIK BARU atau POLITIK BODOH?

SATU PERKARA YANG AMAT JELAS ialah SMM (Sewel Mental Mahabahlol) bukan merusuh untuk hak kebebasan mahasiswa tetapi untuk mencetuskan unsur anarki. SMM bukan mewakili majoriti suara mahasiswa di seluruh Malaysia sebaliknya mewakili kepentingan politik pakatan DAP PKR PAS. 

Samada aksi memperbodohkan diri mereka sendiri (SMM) pada detik 12 tengahmalam meniru adegan 'V For Vendetta' berjaya menarik simpati ramai pengundi hanya boleh diketahui bilamana keputusan PRU13 diumumkan. 

Kejadian tersebut memberikan beberapa hujah bagi kempen FACK (Free Anwar Campaign Kedua). Justeru itu amat penting mendapatkan maklumbalas dari komuniti mahasiswa yang menjadi pemerhati. Hujah populis jentera pakatan pasdapkr ialah' Polis Kejam' 'Kerajaan bertindak zalim' 'Polis alat UMNO' 'Kebangkitan anak muda' 'Polis pukul demonstran aman'. 

Analisa dan pengamatan pemerhati yang tidak hadir di tempat kejadian hanya bergantung kepada gambar dan cerita yang disampaikan oleh orang lain. Analisa gambar-gambar di bawah ini.



Dua keping gambar di atas memberikan gambaran seolah-olah seorang anak muda dikasari tanpa sebab oleh polis. Benarkah begitu?

Pertama kita perlu bertanya soalan:-
  1. Siapakah anak muda itu ?
  2. Kenapa beliau ada di situ?
  3. Atas tujuan apakah beliau di situ?
  4. Atas kehendak siapakah beliau berada di situ?

Adakah polis sedang mengasari beliau atau polis sedang meneutralisasikan aksi ganas beliau?

Kita lihat seterusnya gambar di bawah ini yang merupakan sambungan cerita kepada dua keping gambar di atas:-



Jelaslah bahawa dua keping gambar di atas menunjukkan polis sedang menenangkan beliau. Setelah berjaya ditenangkan beliau tidak di usik pun oleh polis. Sebaliknya boleh pula berbual mesra dengan OCPD.

Lihat pula gambar di bawah ini. Inilah hasil aksi ganas oleh para demonstran SMM. Dalam keadaan marah mereka telah merosakkan hartabenda awam. Oleh itu, para demonstran bukan melakukan satu perhimpunan aman. 

Apa Salah Pemilik Klinik Ini Kepada Para Demonstran dan Kepada Pihak Pembangkang?

Bila difikirkan lagi apakah keperluan SMM berdemonstrasi pada waktu tengahmalam pada hari cuti umum?

Apa kena mengena pula dengan hak kebebasan dan AUKU untuk berdemo pada waktu sedemikian? Tidak masuk akal langsung.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...