Isnin, 30 Januari 2012

KEBATHILAN : DILEMA & POLEMIK AZHAR IDRUS.


Azhar Idrus dikatakan membawa fenomena baru di Malaysia. Bermula dari laman youtube dan di fesbuk beliau mencipta nama dan memperolehi populariti di luar jangkaan. 

Beliau berasal dari Ladang, Terengganu (kawasan perbandaran Kuala Terengganu). Beliau mendakwa telah belajar agama atas inisiatifnya sendiri dan berguru dengan beberapa orang guru agama di Terengganu. Cerita itu disahkan oleh beberapa tokoh tempatan yang mengenali beliau. Tidak dipastikan samada beliau mempunyai tauliah mengajar agama ataupun tidak. 


Namun MAIK telah melarang Azhar Idrus berceramah di mana-mana bahagian dalam negeri Kelantan.


Beliau dikatakan memberikan ceramah dalam gaya penyampaian yang kurang menyenangkan ramai pihak tetapi amat diminati oleh golongan anak muda.

Tidak dinafikan beliau banyak menggunakan kata-kata kesat, sumpah seranah dan melontarkan pelbagai tuduhan di dalam ceramah-ceramah beliau. Perkara tersebut telah mengundang pelbagai persoalan samada beliau berceramah untuk menyampaikan ilmu atau sekadar mahu melariskan penjualan produk beliau seperti cd ceramah, kaset ceramah dan buku-buku tulisan beliau.


Kontroversi beliau lakukan pada malam sambutan tahun baru miladiah telah mengundang banyak kritikan dan teguran kepada beliau. 


Beliau menganggap diri beliau sebagai seorang pendakwah yang mahu menyampaikan ilmu kepada anak-anak muda. Anihnya pada masa yang sama beliau turut mempromosikan diri beliau dan produk-produk komersil beliau. Adakah beliau menyampaikan ilmu atau mencari nafkah melalui agama?

Ada pihak mahukan agar Azhar Idrus di tegur agar beliau tidak terlalu jauh menyimpang. Ada pihak yang agak keberatan menyentuh isu Azhar Idrus kerana memikirkan sokongan anak-anak muda kepada beliau. Masing-masing mempunyai alasan dan sebab-sebab tersendiri. 

Manakah yang lebih penting kepada semua pihak? Membiarkan Azhar Idrus terus tenggelam di dalam arus populariti sehinga didewakan oleh anak-anak muda atau melakukan usaha untuk menyelamatkan beliau dan seluruh anak muda pengikut beliau dari terjerumus ke dalam perangkap mempertuhankan manusia kerana terpesona dengan kata-katanya?

TEPUK DADA TANYA IMAN!



16 ulasan:

Unknown berkata...

Aku pun pelik tgk fenomena baru itu....smlm di shah alam....sampai berkilo-kilo meter org parking kereta tepi jln di sekitar masjid Negeri Shah Alam semata2 nak dgr ceramah ostat celupar akan Taliban itu..

Tanpa Nama berkata...

yang tak minat kat uai ni sebenarnya tak minat agama. saja bagi alasan. lagi pelik tengok anak-anak muda berduyun-duyun pergi konsert ajl. tak rosak ke pergi ajl, dapat pahala ke gi ajl. nilah kalau hati dah tak minat kat perkara agama. orang nak ajak gi kebaikan adalah tak betulnya. tapi bab perkara maksiat, lagha senyap pulok.

Tanpa Nama berkata...

donia dah terbalikk.... ustaz 'kepala bapok' lebih popular zaman nihh...

org bukan nak dgr agama dan mencari ilmu, tapi lebih ke nak dengar 'kepala bapokk'...

Tanpa Nama berkata...

Gua lansung x respek same ini ostat,,,nak ngajar agama ngajar lah baik2... tapi dalam duk ajar2 tu mesti dan wajib dia kenen kt UMNO, JKKK dan kerajaan, seolah-olah semua yang berkait dengan kerajaan salah belaka,,, come on lah man, yang baik tetap baik dan yang salah tetap salah sama jer dgan pihak pembangkang, so.. tegurlah dengan adil dan saksama ke dua-dua pihak jgn berat sebelah barulah jadi Ostat yang dirahmati Allah

Tanpa Nama berkata...

salam bro,

apasal ustaz abu hassan din ceramah dok memaki hamun ? ramai gak yang pi dengar. dulu dr haron din, ismail kamus sebelum masuk pas, tak guna maki hamun. ramai orang dok depan tv tonton hal ehwal islam. la ni, orang muda suka dengar maki hamun. cakap cara kasar adalah satu cara lawak jenaka dalam ceramah. apa yang orang pi dengar uai bercaramah, tak tahu la. tunggu selesai, tanya kpd orang yg pi dengar. kebanyakan akan bercerita yang lawak-lawak dan jenaka yg disampaikan oleh uai. isi penting ceramah, dah lupa, pasai tak syok dengar pasal tak lawak. cerita tanpa bukti dan fakta serta tidak diselidik, disampaikan kpd org ramai dan menjadi fitnah. bila ditegur, marah. hilang dah keimanan kesabaran. ustaz ke tu ...? tak ikut sunnah nabi pun, ulama ke ? ikut tang janggut dan pakaian ( mungkin ), boleh la. tang perlakuan, sori bebanyak, tak sanggup pasal tu kena buat bukan berlakon.

Tanpa Nama berkata...

sallam utk semua...
sebenar nya gua pun hairan ustaz sekor ni..sama ada nak mengajar atau mmg ada agenda tersembunyi...kalau betul org yang ada ilmu sampaikan lah dengan bahasa yang baik2, bila bagi tazkirah mesti ada terselit ayat mengutuk,memfithnah yang lebih dahsyhat dalam rumah allah ustaz azhar melontarkan bahasa yang kurang elok...saya nak bg tau ustaz Azhar..di dalam rumah ALLAH kan bagus citer kehebatan ALLAH dari memberi ilmu yg tak bermunafaat pada manusia.

Tanpa Nama berkata...

Biasalah sikap org melayu ..bila dah maju, Islam nak membangun sifat hasad dengki timbul...orang Islam tidak berakhlak begitu tapi tapi bangsa Melayu suka sikap begitu..Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Nie la dipanggil PHD(perasaan Hasad Dengki) Klu btl2 ikhlas nk tegur ustaz 2, cuba tegur pekara2 yg lagho 2 dulu... Nie la otak lembu org pgl, Syaitan selalunya x suka org islam bertambah dekat ngan islam.

pukimaq berkata...

Baguih betul la ustaz Azhar Idrus tu.Kalaulah dia menyatakan sokongan terbuka terhadap sayangku,lagilah mengujakan homo cun ni.Takbir!

Tanpa Nama berkata...

Org yang kondem UAI ni kebanyakannya pasal ceramah UAI tepat2 terkena batang hidung sendiri. Standard la tu. Atau pun yang memang tak mau muhasabah diri sendiri dan ambil pelajaran serta pengajaran dari yang di ucapkan oleh UAI. Padahal kan lebih baik kalau korang yang kutuk2 UAI ni, ambil yang baik, dan tolak yang buruk dari UAI. Apa2 pun UAI tu kan manusia biasa, tetap ada kesilapan yang bukanlah keterlaluan pun. Yang tulis artikel ni pun bukan nak dengar kot ceramah2 UAI. Kan UAI kata bahawa beliau dengar org lain kata, yang Ulama2 UMNO terima RM15K sebulan. Bukan UAI TUDUH Ulama UMNO terima RM15K. Takkan itu pun xleh nak beza dan ulang2 kisah yang sama walaupun dah ramai yang sebut benda tu?

Tanpa Nama berkata...

JAP.. TUIHHHH...OSATD KONON.. BERAT NANANG OSTAD GINI.. ADOP CIRI2 KEPIMPINAN PARA SAHABAT..

Tanpa Nama berkata...

percayalah.kebanyakkan yg komen mengondem kt sini ilmu fardhu ain pn blm settle lg. yg komen dkt sini, solat 5 waktu pn blm sempurna. yg mengondem kt sini, solat jemaahnya jarang diikuti...jgn smpai jd mcm binatang ternakan

Tanpa Nama berkata...

benggong blake hok mna kutuk uai 2... ilmu dia tinggi.. setiap solan dia dpt jwb dgn tpat dan mykinkan... cuba tnya soalan bknaan agama kat yng mgutuk nie, cmfirm xlh jwb... ajl pergi rmai2 xhairan org nk g dgr crmah agama ramai2 dpersoalkn... bertaubatlah sblm terlambat.

Tanpa Nama berkata...

sedeynye bile org yg berilmu dan berpotensi menarik ramai remaja2 yg makin liar ni dikutuk dipndg hina hanya disbbkn beliau selit2 politik dan mencuit pihak2 tertentu dlm ceramah beliau.xbolehkah kite amalkn sikap buang yg keruh amek yg jernih dlm hal2 mcm ni?die manusia jugak.klau nabi muhammad s.a.w dulu pun org boleh org boleh kutuk hina,ini kn pulak ustaz2 pd zmn mcm ni.muhasabah lah diri wahai kaum seagamaku.

Tanpa Nama berkata...

sangat kurang cerdik anda ni...org ramai nak g mendengar kuliah agama, awak merungut pulak..apa nak jadfi dunia ni

Tanpa Nama berkata...

kita ambil mane yang baik dari UAI saja sudahler...dia pon bukan sempurna...kalo org yang mngutuk n mencai ustaz nie bukannyer bagus sgt dan sempurna..bahkan menambah dosa..lebih elok tgk ceramah ustaz nie wpun ade unnsur kecrluparan tp lagi baik dari dok countdown, terkinja2 tgk final countdown and tgk ajl yg entah pape...mane lagi yg membodohkan umat manusia...kita nie dah dibayangi oleh kuasa yahudi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...