Selasa, 4 Oktober 2011

MAT SYABU & KAK WAN JIJAH ENGGAN SERTAI DEMO BERSIH 3.0?


Mat Syabu enggan sertai Demo BERSIH 3.0? Baca petikan ini :-
Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu berkata, PAS komited melaksanakannya. Ia mesti melalui proses perlembagaan dan BUKAN SECARA REVOLUSI DENGAN MENGADAKAN DEMONSTRASI JALANAN
Itu satu bab, Mat Syabu juga bersetuju Pakatan 'Tipo' Rakyat tidak perlu memenangi pilihanraya:-
Untuk itu PAS tidak perlu menunggu PR MEMENANGI MAJORITI DUA PERTIGA KERUSI PARLIMEN DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG UNTUK MEMBOLEHKANNYA MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD. Hukum itu secara otomatik boleh dilaksanakan jika RAMAI WAKIL RAKYAT menyokong PINDAAN PERLEMBAGAAN.
WOW! Apa sudah merasuk pemikiran Mat Syabu ini? Kalau BERSIH boleh berdemo? Kalau mengenai Hudud tidak perlu BERDEMO dan tidak perlu MENANG 2/3 MAJORITI? Kalau hendak tawan PUTRAJAYA wajib menang 2/3 Majoriti? Kenapa pendirian PAS begitu lunak dan lembik tidak bersemangat bila menyentuh bab Hudud? Tapi begitu bersemangat dan bersikap keras dalam soal menyentuh Kepentingan Politik para pemimpinnya?

Hamba memahamkan dua petikan kenyataan Mat Syabu melalui kata kunci 'demonstrasi jalanan' 'Hudud' dan '2/3 majoriti dalam Parlimen'  sebagai penzahiran niat sebenar PAS dalam memperjuangkan hudud. Apakah niat sebenar PAS?

Niat sebenar PAS ialah memperalatkan hudud dan hudud bukanlah keutamaan bagi PAS. PAS lebih mengutamakan kuasa. Perjuangan dan halatuju PAS kini adalah BUKU JINGGA. Bukan berpandukan kepada al Qur'an dan hadis. Kesimpulannya sudah jelaslah pendirian PAS ini bahawa jika PR memenangi 2/3 majoriti dalam Parlimen pun Hudud tetap tidak dilaksanakan oleh mereka kerana BUKU JINGGA dan DAP.

Kecilnya suara dan peranan PAS ini dalam Pakatan 'Tipo' Rakyat. Hanya mengikut telunjuk DAP dan PKR. Bak kata pepatah seperti Lembu di cucuk hidung. Tiada maruah dan harga diri. Tiada pendirian tetap.

TEPUK DADA TANYA IMAN!



Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...