Selasa, 6 September 2011

TEMPAT YANG PALING SELAMAT DI BUMI.

Tepat jam 1.55 pagi tadi telah berlaku gempa bumi pada skala richter 6.6. Gegaran tersebut turut dirasai di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur. Lokasi kejadian Gempa bumi tersebut berlaku di lokasi 2.973°Utara, 97.997° Timur pada kedalaman 110.1 kilometer dan kira-kira 100 kilometer dari arah Barat Daya Medan.Tiada Amaran Tsunami dikeluarkan oelah Jabatan Meteorologi Malaysia

Di Samoa dan Tonga turut berlaku gempa bumi 6.6 skala richter. Gempa bumi di bawah laut berlaku pada kedalaman 35 kilometer, 256 kilometer dari ibu negeri Samoa, Apia pada pukul 10.52 malam (5.52 petang waktu Malaysia)
.
Sebelum itu, gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku di pantai Vanuatu awal pagi semalam. Di Samoa dan Tonga turut berlaku gempa bumi pada skala richter 6.4.




Kejadian gempa bumi kerapkali berlaku diakhir zaman. Terdapat suatu teori saintifik yang selama ini di tekan dari pengetahuan umum. Salah satu kuasa apungan bagi bumi ialah kerana wujudnya gas-gas semulajadi. Gas-gas semulajadi ini terbentuk kerana mendapan minyak mentah.Apabila gas-gas semulajai dilepaskan akibat carigali minyak mentah, ini mengakibatkan berlakunya ruang kosong. Ini membawa ketidakseimbangan kepada apung bumi. Kesannya ialah berlaku gangguan kepada pergerakan plat bumi yang sentiasa bergeser. 


Oleh itu, kita hendaklah berusaha keras untuk mencari sumber tenaga alternatif lain. Ini hanya boleh dicapai melalui ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan hanya boleh berkembang pesat dalam keadaan politik yang stabil. Politik yang stabil hanya boleh dicapai melalui jalan kesederhanaan., Tempat yang paling selamat di bumi pada masa ini ialah Semenanjung Tanah Melayu  Ianya adalah sesuatu perkara serius perlu direnungi oleh kita semua. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...