Khabar-khabar mula bertiup mengatakan bahawa Anwar Ibrahim semakin terdesak sehingga mahu memanggil DS Najib dan DS Rosmah sebagai saksi di dalam perbicaraannya sama seperti apa yang pernah terjadi pada masa perbicaraan liwat pertamanya dulu bila beliau bersungguh-sungguh mahu memanggil Tun Dr Mahathir sebagai saksi. Takkan Wan Jijah dan Nurul Izzah dah merajuk nak jadi alibi? Lu pikirlah sendiri !
1. Nak kata lawak, memanglah lawak, nak kata tak lawak, dah gelak pun siap guling-guling lagi. Entah jembalang mana yang merasuk Anwar Ibrahim sehinggakan pihak-pihak yang tidak ada kaitan dengan kesnya pun dia hendak panggil sebagai saksi nya untuk beri keterangan.
2. Sebolehnya Anwar cuba membuktikan TEORI KONSPIRASI ciptaan rekayasa raksaksanya agar terus dipercayai walaupun dia sendiri pun tidak mempercayainya. Bukankah, Wan Jijah yang mendakwa bahawa pada waktu kejadian Anwar bersama keluarga ? dan Nurul Izzah mendakwa Anwar dalam mesyuarat?
Adalah jelas dari bahasa tubuh Anwar dan nada suaranya, Anwar Ibrahim tahu pembohongannya dan lakonannya sebagai orang 'alim dan wara' bakal berakhir dan Kebenaran Telah Tiba untuk menghancurkan segala kepalsuannya selama ini. Selamat Tinggal Anwar bin Ibrahim dan PKR. Tepuk Dada Tanya Iman.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan