Jumaat, 30 Disember 2011

MAIN KASAR NAMPAK ? RUMAH PEGAWAI SPR DI CEROBOH.

Mengejutkan. Rumah Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia di Taman Wilayah di pecah masuk. Barangan yang di curi ialah 4 unit komputer riba, sebuah Proton Pesona milik kerajaan iPhone dan wang tunai RM1500.00. Kejadian berlaku pada waktu dinihari semalam. Setakat pada hari ini tiada lagi kenyataan dari Polis samada ianya hanya satu kejadian pecah rumah biasa atau perbuatan khianat pihak tertentu.

Kejadian tersebut menimbulkan kecurigaan dan berbagai persoalan. Ianya terjadi pada saat SPR mahu mengumumkan samada penggunaan dakwat kekal di terima atau tidak pada 1hb Febuari 2012. Ianya berlaku pada saat menjelang 901. Ianya berlaku pada saat Anwar Ibrahim sedang giat menjalankan kempen jelajah Malaysia. Ianya berlaku pada saat Azmin Ali dikatakan telah membeli tiga buah unit rumah kedai yang dilengkapi dengan server dan unit penghawa dingin berkapasiti tinggi.

Kita hanya boleh menduga sehinggalah pihak polis memberikan penjelasan mengenai kejadian tersebut. Untuk berita sepenuhnya anda perlu ke pautan HARIAN METRO (maaf tidak dapat memautkan di sini kerana Celcom asik kalihkan sambungan ke laman rasminya).

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus2 mesti banyak rasia akan terbongkar nanti,mukin selepas ini wayang kulit spr akan ditayangkan

Jas Salleh berkata...

Jadi benarlah ini perbuatan khianat dari pihak pembangkang yang mencari-cari kesalahan SPR ?
Begitu rupanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...