Selasa, 13 Disember 2011

KISAH CICAK RUMAH & CICAK GECKO


PEMBETULAN KEPADA CERITA CICAK.

Ini cerita pendek sahaja kerana cerita benar cuma pendek sahaja tidaklah berjela-jela seperti kisah hikayat. sbelum itu klik di sini PERANG CICAK.- APA.

Sebenarnya, dalam rumah tersebut yang ada adalah cicak rumah belaan tuan rumah sendiri untuk mengatasi masalah nyamuk aedes dan nyamuk tiruk yang bawa penyakit demam malaria dan denggi. Jadi dipeliharalah sekumpulan cicak rumah dan di lantiklah sekur ketua di kalangan cicak tersebut. 

Malangnya, kumpulan cicak tersebut cuma tahu menyampuk cakap tuan rumah sahaja. Ketua cicak pula asik hendak sibuk mengawan dengan pil viagra serta suka berak merata tapi selalu salahkan anak buahnya sendiri dan pihak lain.

Jadi suatu hari tuan rumah berdoa kepada Allah SWT mohon bantuan. Dimakbulkan doa itu lalu digerakkan sekumpulan cicak gecko yang datang entah dari mana oleh Allah SWT. Maka selesailah masalah nyamuk aedes dan tiruk.

Perkara ini membuatkan ketua cicak rumah jadi runsing dan gusar dengan kehadiran cicak gecko yang tak minta apa-apa pun dari tuan rumah melainkan makan apa yang ada saja. tak pernah merungut. 

Terjadilah suatu hari di mana ada beberapa ekor anak buah cicak rumah terjatuh dari siling berdempuk jatuh ke lantai. Marahlah mereka. Berbunyi satu rumah sampai bingit telinga tuan rumah. Jadi ada sekur cicak gekco menegur perbuatan kurang sopan itu, Marahlah ketua cicak rumah dan cicak yang kemalangan kerana tidak suka di tegur (maklumlah cicak belaan dalam akuarium) Macam-macam tuduhan di buat. 

Sebagai memperingatkan ketua cicak rumah tersebut, cicak gecko itu tunjukkan salinan kulit ketua cicak rumah. Teramatlah malulah ketua cicak rumah lalu isytihar perang kepada sekur cicak gecko. Cicak gecko kata "Jangan Lupa Allah SWT itu Maha Besar dan Maha Mengetahui"

Sekian.
TEPUK DADA TANYA IMAN!

4 ulasan:

Aku Peduli Apa @ APA berkata...

Assalam sdra Jas.
Menarik juga bila hamba membaca kisah cicak tuanhamba ini.He he...

Aku Peduli Apa @ APA berkata...

http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2011/12/aku-bagi-walk-over-pada-parpukarikau.html

JAS SALLEH berkata...

He he he tengkiu bro sbb u cetuskan idea

Tanpa Nama berkata...

Berapa banyak cicak daaaaa...

Kata pendek tapi panjang gak citer cicak nie... Ada ke cicak nie dibela orang... Sdr jassalleh... Setahu saya cicak nie dilastik lagi ada la... Kalo cicak genko datang rumah saya dah lama saya korbankan jer cicak genko tu pi jual ada gak hasilnya... Tapi lain macam jer tuan rumah nak bela cicak genko ni... Tokkek nie elok ditangkap dan dijual jer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...