Isnin, 12 Disember 2011

DAP RASIS MAHU JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR DAN PERAK?


Petikan lapuran dari SINAR HARIAN.

DAP intai kerusi Menteri Besar
Oleh : MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
Tarikh : December 11, 2011

DAP
SHAH ALAM - DAP dikatakan mempunyai cita-cita besar untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor dan Perak selepas pilihan raya umum akan datang.

Berikutan itu, parti berkenaan didakwa mengatur strategi dengan meletakkan calon Melayu di beberapa kawasan di kedua-dua negeri itu.

Di Selangor, DAP dikatakan berhasrat mahu mengambil alih kawasan yang ditandingi Pas dan PKR, antaranya kerusi Paya Jaras, Pelabuhan Klang dan Sri Serdang.

Pada pilihan raya umum lalu, pakatan pembangkang diwakili calon Pas, Khairuddin Othman di Paya Jaras tetapi tewas kepada calon BN, Datuk Muhammad Bushro Mat Johor. Manakala di Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang telah meng­isytiharkan diri sebagai Adun Bebas mewakili PKR, menewaskan calon BN dan Bebas.

Di Seri Serdang, calon Pas, Ahmad Idzam tewas kepada penyandang daripada BN, Datuk Muhammad Satim Diman.

Sumber Pakatan Rakyat (PR) memberitahu Sinar Harian, DAP sedang mengintai sekurang-kurangnya lapan kerusi lagi di Selangor, dan fokus mereka adalah kawasan yang ditandingi Pas dan PKR tetapi tewas.

Parti itu dikatakan kini semakin agresif untuk menonjolkan diri sebagai parti berbilang kaum, bukan semata-mata parti orang Cina atau India dalam usaha mereka untuk mengetuai kerajaan negeri apabila menang pilihan raya kelak.

“Mereka sedar ada undang-undang menetapkan bahawa hanya orang Melayu yang beragama Islam boleh jadi Menteri Besar. Dan itulah yang berlaku di Perak pada pilihan raya umum lalu. Walaupun DAP menang banyak kerusi tetapi ia masih tidak boleh jadi ketua kerajaan.

Jadi sekarang mereka sudah ambil pengajaran daripada Perak, dan mahu letak ramai calon Melayu untuk memastikan kerusi Menteri Besar tetap jadi hak mereka, bukan Pas atau PKR lagi,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, DAP juga semakin berani bertindak demikian atas alasan orang Melayu semakin hilang percaya kepada Pas dan PKR.

Menurut sumber itu lagi, DAP bagaimanapun berkeras untuk tidak menggugurkan calonnya yang menang pada pilihan raya umum lalu terutamanya wakil rakyat Cina kerana mahu mengekalkan sokongan.

“DAP amat berkeras dalam soal ini, mereka mahu kekalkan dominasi sokongan kaum Cina di samping cuba mengembangkan sokongan orang Melayu. Apa yang paling penting, DAP pasti mempu­nyai beberapa calon Melayu di Selangor dan beberapa negeri lain nanti,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman menegaskan, tidak timbul isu DAP mahu mendapatkan kerusi daripada Pas mahupun PKR kerana pembahagian kerusi masih kekal mengikut pilihan raya umum 2008 lalu.

“Jika DAP mahu meletakkan calon Melayu, maka parti tersebut boleh letak berdasarkan pembahagian kerusi yang telah ditetapkan. Apa yang penting, kerusi masih kekal mengikut 2008, mereka tidak boleh mengambil kerusi Pas mahupun PKR semata-mata mahu meletakkan calon Melayu,” katanya.

Khamis lalu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Samad dalam satu kenyataan bertegas pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP kerana langkah tersebut bukan jaminan bahawa DAP akan beroleh kemenangan.

http://www.sinarharian.com.my/politik/dap-intai-kerusi-menteri-besar-1.11637 


Bukan rahsia lagi impina dan cita-cita besar DAP Rasis untuk menguasai jawatan Menteri Besar dan Perdana Menteri Malaysia melalui calun-calun Melayu. Bagi Melayu yang mengimpikan jawatan-jawatan tersebut sudah tentulah mereka masuk DAP Rasis. Kalau masuk UMNO mereka terpaksa menunggu giliran di belakang seramai 3.2 juta ahli UMNO. Kerana itulah ada seorang farmasis mengatakan untuk naik lebih cepat kena kenal ramai orang. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jas tak henti buat provokasi. Sapa nak percaya cakap kau Jas. Kau mana ada kradebiliti. Jas hanya bloger nyamuk lagi nyanyuk.

Jas Salleh berkata...

Provokasi murahan olh totok Tun Faisal
Tun Faisal dah jad Nabi dan dipertuhankan oleh totks Tun Faisal ker?
ekekekekekekekekekeke

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...