Sabtu, 5 November 2011

ORANG ASLI PULA MENJADI SASARAN PEMBANGKANG.


ORANG ASLI. Selepas mencetuskan kontradiksi dalam soal hak minoriti (kebebasan mengamalkan seks songsang) Majlis Peguam pada 19hb November 2011 bakal mencetuskan satu lagi kontradiksi. Beberapa siri kejayaan Majlis Peguam dalam kes-kes sivil mencabar beberapa peruntukan perundangan menjadikan mereka lebih berani mencabar perundangan mengenai hak Orang Asli. In dilakukan tanpa penyertaan JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI. Sebaliknya sebuah Jawatankuasa Hak Orang Asli (COAR- The Bar Council Committee Council On Orang Asli Rights) di bawah Majlis Peguam mengetuai kempen tersebut. Majlis Peguam dijadikan platfom oleh pembangkang secara tidak langsung untuk menjayakan semua agenda-agenda politik mereka. Kementerian Luar Bandar & Wilayah di bawah Dato' Seri Hj Mohd Shafie Afdal (Naib Presiden UMNO) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia kena bekerja lebih dahulu daripada MAJLIS PEGUAM & COAR. Merea hendak memulakan kempen bermula pada 19hb November ini.


Majlis Peguam sepatutnya sebagai sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Akta Profesion Guaman sewajibnya menyelaraskan kesemua aktivitinya dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Tindakan Majlis Peguam meminggirkan dan mengecualikan semua jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan menyebabkan berlakunya jurang maklumat antara rakyat dengan kerajaan. Ketidakadilan berlaku apabila jurang ini semakin membesar disebabkan oleh sikap ego dan prejudis Majlis Peguam kepada kerajaan. Rakyat akan terkeliru. 

Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman serta Menteri Unang-undang sewajarnya tidak diketepikan oleh Majlis Peguam. Apa yang Majlis Peguam lakukan sekarang ini sebenarnya tidak membantu langsung dalam pembinaan negara sebaliknya mempercepatkan lagi proses kehancuran negara. Menjarakkan rakyat (golongan minoriti) dengan kerajaan bukanlah penyelesaian kepada semua masalah jurang perbezaan sosial sebaliknya hanya melebarkan dan mendalamkannya lagi. Adakah Majlis Peguam menyedari impak negatif ini? Nampaknya Majlis Peguam tidak menyedarinya walaupun mereka tergolong dalam kumpulan 'beretika' , 'berprofesional' dan 'berintelek' yang selama ini banyak menyebabkan ahli-ahlinya sendiri sengsara akibat sikap prejudis dan ego melampau kesemua anggota Jawatankuasa Majlis Peguam. 

Adakah jentera UMNO/ BARISAN NASIONAL akan membiarkan saja Majlis Peguam berperanan dan berfungsi seperti sebuah 'agensi dan jabatan kerajaan tidak rasmi kepada pembangkang? Adakah ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan dalam Perkhidmatan Awam sudah terlalu selesa dan hanya menantikan saatnya di mana Tony Pua bakal membuang mereka daripada Perkhidmatan Awam barulah mereka hendak sedar?

Pada zahirnya kelihatan Majlis Peguam mahu menjuarai dan menyelesaikan masalah Orang Asli tetapi sebenarnya Majlis Peguam hanya berusaha memperkecilkan semua usaha kerajaan membantu Orang Asli. Akhirnya, Orang Asli akan senasib dengan penduduk Kg Buah Pala di Pulau Pinang.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...