Khamis, 3 November 2011

DIMANAKAH KOMITMEN PERJUANGAN ISLAM PAS SEBENARNYA?




KOMITMEN PAS. Penganjuran SEKSUALITI MERDEKA merupakan suatu hadiah penghinaan kepada kita semua. Malam semalam 2hb November 2011 di bangunan rasmi Majlis Peguam penganjurnya mengadakan Forum bertajuk: Human Right For LGBTIQ: Making It Real ... In Malaysia. Tujuan forum ini ialah membenarkan amalan kaum Nabi Luth a.s. diamalkan secara bebas tanpa sebarang sekatan di Malaysia na'zubillahi-min-zalik!. Perbahasan dari sudut Piagam Hak Asasi Manusia pun menolak amalan songsang seksualiti sedemikian kerana amat bertentangan dengan naluri manusiawi sendiri. Tujuan seks ialah begitu murni dan suci. Amalan seks baik ialah melalui ikatan pernikahan yang halal mengikut amalan agama dan kepercayaan masing-masing dan menolak perzinaan. Manakala amalan seks yang diamalkan oleh LGBTIQ adalah merupakan amalan seks yang tidak baik berdasarkan kepada hawa nafsu semata-mata. Tidakkah kita semua sebagai manusia mahukan perkara-perkara yang baik-baik sahaja dan menolak perkara-perkara buruk seperti LGBTIQ ini? Anihnya kelompok seperti Ambiga dan Majlis Peguam serta kumpulan Hak Asasi Manusia ini ialah mereka mendakwa menentang kezaliman tetapi mereka menerima kezaliman yang berbagai jenis.Bayangkanlah kalau semua manusia mengamalkan LGBTIQ apa sudahnya keturunan manusia nanti? Dimanakah maruah dan harga diri manusia hendak diletakkan? Puak-puak Liberal yang tidak mempunyai sebarang kepercayaan dan agama samawi tetapi mengikuti ajaran satanisma tidak seharusnya diberikan sebarang sokongan oleh mana-mana pihak terutamanya PAS. Sewajibnya kita menentang keras segala usaha-usaha puak-puak satanisma ini. Malangnya PAS berdiam diri sama seperti dalam isu DUMC dan HIMPUN sehinggakan Dato Hasan Ali bertindak membantah semua perintah 'Gagged Order' yang dikeluarkan oleh PAS PUSAT. PKR pula memang dipenuhi oleh para Liberalis, Pluralis dan Satanis. Begitu juga DAP. Bertambah anih kerana sibertruper bloger dan pelayar maya pembangkang berdiam diri dalam soal ini sebaliknya mereka hanya menyibukkan diri mereka menyebarluas pelbagai fitnah hasutan kepada DS Najib, DS Rosmah dan kepada UMNO. Mereka bertindak menghalalkan perbuatan puak satanisma dengan melemparkan segala macam fitnah hasutan kepada UMNO dan pemimpin UMNO/BARISAN NASIONAL. Ini merupakan suatu perkara yang amat membahayakan ISLAM, TAUHID dan NEGARA. Kesimpulannya anda sendiri boleh simpulkan yakni adakah anda masih mahu menyokong parti-parti politik seperti pas-dap-pkr yang mendokong fahaman satanisma ataupun anda mahu memberikan sokongan kepada pihak yang selama ini, UMNO / BARISAN NASIONAL tidak pernah menyokong fahaman satanisma? Buatlah pilihan terbaik jangan lagi terpedaya dengan permainan politik kotor keji pkr-dap-pas.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...