HIMPUN 1.0. Maka melalaklah sekelian pencacai dap-pkr-pas mengatakan ianya gagal. Ianya di taja oleh UMNO. Ianya bersifat politik. Malangnya, mereka lupa bahawa program 1 JUTA BELIA dan HIMPUN 1 JUTA UMAT ISLAM merupakan petanda awal buat kematian dap-pkr-pas. PAS mulai salah menyalahkan antara satu sama lain. PKR pula makin tertekan. DAP semakin gelisah dengan perkembangan terbaru ini. Protes terhadap dap-pkr-pas sudah mengambil momentumnya tersendiri. Di peti undi nanti ianya akan dimanifestasikan. Walaupun Muhyiddin Yasin di petik meluahkan kembimbangan beliau mengenai BN namun kenyataan itu bersifat prihatin dan cakna seorang pemimpin. Dalam BN tidak ada yang disembunyikan. Dalam dap-pkr-pas mereka lebih suka TUTUP MULUT. Sejauhmana lakonan kepuraan dap-pkr-pas mampu bertahan? Pendedahan demi pendedahan mengenai selingkuhan politik mereka semakin tersebar luas diperkatakan ramai orang. Golongan pemilih Cina mulai gelisah. Resah. Tidak keruan. Polemik dalaman DAP Pulau Pinang menyaksikan penentangan hebat ke atas Guan Eng perampas takhta, diktaktor dan kuku besi. Di Kelantan, rakyat sudah mulai mempersoalkan mengenai kekayaan peribadi Nik Aziz. Nik Abduh mula bersuara terhadap PKR-PAS. Kabinet bayangan Pakatan Tipo Rakyat masih belum nampak bayangannya lagi. Komoditi Hudud dan Islam sudah tidak lagi laku dan laris di pasaran terbuka politik. Atas dasar apakah lagi dap-pkr-pas hendak mengukukuhkan dan mengekalkan status quo mereka? BN semakin menghampiri 2/3 majoriti di Parlimen kerana pemilih mulai sedar bahawa 2/3 majoriti di Parlimen adalah perlu untuk penubuhan sebuah kerajaan stabil dan kuat. Rakyat melihat komitmen tinggi BN melakukan polisi transformasi negara dalam semua aspek yang pernah dipertikaikan oleh Pakatan Tipo Rakyat. Segala isu-isu remeh temeh yang dibangkitkan oleh dap-pkr-pas sudah kian malap dan tidak mendapat sambutan. Rakyat Malaysia memang sudah semakin bijak!
TEPUK DADA TANYA IMAN!
2 ulasan:
ha ha ha ha, ini yang buat anwar semakin gelisah...
apa lak anuar semakin risau ? dia tgh buat persiapan nak berehat kat S.buluh bulan depan...dia kata dia dah letih asyik kena fitnah aje..walhal dia tak buat pun...itu semua konspirasi umno nak jatuhkan carer politik dia...
anuar anugerah tuhan....lagi maksum dari Nik aziz you...sepol fitnah dia walhal dia pun tak kenal sepol...macam dia tak kenal dato T.......
Catat Ulasan