Selasa, 18 Oktober 2011

ATOK LIM & PAPA LIM SUDAH MARAH.

 
Mana Yang Lebih Penting?
Si Mangsa atau Pemangsa












Hahahahhahahahaha
Siapa Berani Usik Wa?

DINASTI LIM. Atok Lim dan Papa Lim sudah hilang airmuka gara-gara isu ramas tetek RM200,000.00. Nada kedua-duanya menyembunyikan 'sesuatu'. Dalam surah YaaSiin sifat manusia (yang tidak beriman) suka membantah didedahkan. Kemudian dalam surah Al Waqiaah disebutkan mengenai gelagat golongan pembohong dan penzalim. Bila kita aplikasikan kepada reaksi kedua Lim anak beranak semakin jelaslah kepada kita mengenai 'sesuatu' yang hendak disembunyikan oleh Lim anak beranak. Persoalan yang cuba dibangkitkan oleh keduanya dalam mempertahankan diri jauh tersasar daripada persoalan isu yang menjadi pertikaian. Ini adalah soal maruah seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa seksual.  Ini adalah soal disiplin dan diskriminasi terhadap seorang mangsa seksual tanpa pembelaan. Ini adalah soal kenakalan melampau seorang ramaja lelaki yang mencabul kehormatan seorang remaja perempuan.Ini bukan soal politik. Ini bukan soal maruah keluarga pemangsa. Ini bukan soal kerjaya politik  datuk dan bapa kepada pemangsa. Ini soal suatu perbuatan jenayah seksual dilakukan dengan sengaja dilakukan dalam waktu sesi persekolahan di tempat terbuka tanpa sebarang tindakan undang-undang dikenakan ke atas si pelaku.Helo rakyat Malaysia semua! Ini soal jenayah serangan seksual ke atas seorang pelajar remaja di sekolah tau! Ini juga soal penyalahgunaan kuasa dan pengaruh politik oleh pemimpin politik, tak kiralah kecil ke besar. Bayangkanlah jika remaja perempuan itu anak, adik dan ahli keluarga anda diperlakukan sesuka hati oleh anak pemimpin tanpa pembelaan! Amat wajarlah si penyumbangleweng remaja lelaki itu tidak pergi ke sekolah selama dua hari! Itupun kalau betul lah, maklumlah yang mendakwa begitu adalah seorang pemimpin politik yang terkenal dengan sifat pembohong!

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...