Rabu, 26 Oktober 2011

APA NIAT SEBENAR PAS TUBUHKAN KEM LATIHAN MILITAN DI SELATAN THAI?

 

USTAZ SAIDI. Bekas Ketua Keselamatan PAS. Di dalam pendedahannya beliau mengakui di hantar PAS Pusat unutk menjalani latihan para-militan di Selatan Thai sebagai memenuhi syarat menjadi pasukan keselamatan PAS. Di sebut juga mengenai Interpol Politik PAS. Banyak maklumat yang beliau dedahkan mengenai kegiatan-kegiatan tajaan PAS Pusta yang bersifat militan. Apakah sebenarnya niat dan maksud PAS PUSAT menyediakan latihan para militan kepada ahli-ahlinya yang terpilih? Ini mengingatkan kita mengenai kejadian Al Mau'nah tidak lama dulu. Maklumat ustaz Saidi juga mengimbaukan kembali peranan arwah Ibrahim Libya dalam insiden Memali. Hamba yakin pihak keselamatan negara tahu mengenainya Justeru itu kadangkala kita melihat kerajaan Barisan Nasional begitu berwaspada dan berhati-hati dalam menangani PAS. Terfikir juga hamba mengenai persoalan-persoalan berbangkit seperti adakah DAP dan PKR turut mempunyai kegiatan-kegiatan subversif sama seperti PAS? Apakah peranan yang boleh kita lakukan untuk meneutralisasikan semua unsur-unusr subversif yang ada pada PAS-DAP-PKR? Ya lah takkan kita hanya mengharapkan pihak keselamatan sahaja. Kita juga mampu memainkan peranan penting dalam meneutralisasikan anasir-anasri subversif. Terlintas satu jawapan mudah, eloklah kita menghindari daripada menyertai sebarang demonstrasi jalanan seperti BERSIH dan tidka melayani provokasi-provokasi PAS-DAP-PKR. Betul tak?

TEPUK DADA TANYA IMAN!



Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...