Hambe melihat dan membaca reaksi / maklumbalas daripada pro ISA, pro BN baik di pihak fesbuker dan bloger dan hambe dapati terlebih banyak kontra daripada pro nya buat masa dalam hampir 12 jam dari pengumuman DS Najib mengenai pemansuhan ISA.
Hambe juga telah meneliti ucapan DS Najib dan kenyataan akhbar DS Hishamuddin mengenainya. Adalah jelas tampak di segi pentadbiran DS Najib ianya sudah lama diputuskan sejak dua setengah tahun lepas. Ini bermakna apajua rungutan dan suara rakyat yang pro ISA tidak akan dapat mengembalikan semula ISA. Jadi kena terima hakikatlah. ISA tetap dimansuhkan dan bakal digantikan dengan dua buah Akta yang baru yang juga telah lama diderafkan. Sudah berlaku di peringkat atasan apa yang dinamakan sebagai Political Bargaining.
Ini juga bermakna selama dua tahun setengah pro ISA yang menyokong ISA menjadi sia-sia dan polisi memansuhkan ISA tidak sampai ke pengetahuan pro ISA selama ini. Dua tahun setengah bermakna 30 bulan.
Apakah polisi-polisi awam yang tidak diketahui oleh sibertruper pro BN? Ini amat menjengkelkan pro BN kerana selepas ini mereka tidak tahu apa yang perlu di sokong dan apa yang perlu dipertahankan.
Kembali kepada persoalan pokok, pengumuman polisi terbaru TRANSFORMASI POLITIK NEGARA. Proklamasi darurat yang belum di tarik balik adalah amat di alu-alukan Ini juga bermakna penarikannya bersama dengan pemansuhan segala akta dan enakmen darurat termasuklah ISA.
Kerajaan BN tidak mempunyai majoriti 2/3 di dalam Parlimen dan hanya mempunyai majoriti mudah. Memansuhkan ISA dan segala enakmen-enakmen yang berkuatkuasa semasa berkuatkuasanya darurat adalah semudah A, B dan C. Tetapi untuk mengubal akta-akta baru memerlukan 2/3 majoriti dan ianya adalah lebih sukar dari menuntut kemerdekaan.
Ini bermakna terdapatnya ruang vakum antara tempoh masa pemansuhan ISA dengan pengubalan akta baru.Prosesnya memakan masa lama. Apakah yang bakal terjadi dalam proses vakum tersebut?
Rata-rata reaksi kepada pemansuhan ISA berpendapat ianya adalah kelemahan paling ketara di pihak pentadbiran DS Najib dan Menteri Dalam Negeri. Sudah timbul suara-suara mengatakan kerajaan BN adalah yang paling penakut di dunia ini.
Dalam ucapan DS Najib, beliau menegaskan bahawa penyokong BN tidak perlu memandangnya sebagai suatu kelemahan. Hakikatnya ianya adalah suatu kelemahan paling ketara,
Tindakan ke atas Mat Syabu, Ambiga dan penganjur BEERSHIT 2.0 masih belum kelihatan bebayangnya lagi. Sebaliknya Peguam Negara dipersalahkan pula.
Persoalan seterusnya buat pentadbiran DS Najib ialah bagaimana beliau dan segala para jejuaknya hendak menyakinkan kembali penyokong BN bahawa tindakan pemansuhan ISA itu memberikan kelebihan kepada BN dalam PRU 13?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan