Rabu, 14 September 2011

HIDUP PEJUANG ! HIDUP PEJUANG ! HIDUP PEJUANG!

HIDUP PEJUANG!

HIDUP PEJUANG!

HIDUP PEJUANG!


September 13, 2011, Pagoh, Johor Darul Ta'zim: Itulah laungan yang disebutkan dalam MAJLIS MEMPERINGATI PEJUANG NEGARA yang julung kali diadakan. Seramai 1,000 orang bekas polis dan tentera menghadirinya di perkarangan bekas tapak Rumah Pasong Bukit Kepong.

Linangan airmata dan kesedihan jelas terpapar pada wajah bekas anggota Polis dan waris anggota-anggota Polis yang terkorban mengenangkan tragedi serangan tidak berperikemanusiaan pengganas komunis pada Febuari 1950.


MAJLIS itu turut menetapkan sebuah DEKLARASI BUKIT KEPONG , antara lain:-
"BAHAWA KAMI SELURUH AHLI PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA DAN PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA PADA 13 SEPTEMBER 2011 DENGAN INI MEMBANTAH SERTA MENOLAK APA-APA JUA KENYATAAN YANG BOLEH MENGGURIS HATI DAN PERASAAN PEJUANG YANG MEMPERTAHANKAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR TERCINTA"
DEKLARASI BUKIT KEPONG itu kemudian diserahkan oleh Pengerusi Persatuan Bekas Polis Johor, Datuk Mohd. Shah Isnin kepada kurator Muzium Polis Superitendan Said Zainal Abidin Said Zain. 


Turut diadakan forum bertajuk 'SIAPA PEJUANG SEBENAR'. Majlis tahlil turut diadakan. 


Bekas Ketua Polis Negara, Datuk Rahim Noor turut menempelak mengatakan bahawa ramai Melayu yang mneyertai PKM berlatarbelakang pendidikan agama tidak menyedari mereka di tipu oleh Komunis.


"Saya sudah menulis banyak buku tetapi orang tidka baca, orang baca laman web, jadi kita semua perlu membetulkannya dengan cara mendidik anak kita tentang sejarah dan dasar negara." kata Profesor Datuk Ramlah Adam, Pengarah Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi UiTM.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...