Ahad, 18 September 2011

4 RAKYAT MALAYSIA TERKORBAN AKIBAT KEGANASAN!

UTUSAN MALAYSIA melapurkan bahwa lewat petang semalam, Sabtu 16hb September 2011, berlaku insiden letupan bom di Golok, Siam. 4 orang warga Malaysia terkorban termasuk seorang kanak-kanak. 19 orang rakyat Malaysia turut tercedera dalam insiden menyayat hati.

Mereka yang maut ialah Foong Foo Keah, 45, dari Kuantan, Pahang; Wong Hong Yep, 64, dan cucunya, Wong Kai Sean berusia tiga tahun dari Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan manakala seorang lagi mangsa ialah sukarelawan Thailand yang berusia 38 tahun. Seorang lagi rakyat Malaysia, Chen Yew Soon, 40, meninggal dunia di Hospital Hadyai pukul 8 malam tadi. 

Menurut pendapat Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok, Rusid Che Omar pihak berkuasa Siam percayai kejadian itu dilakukan oleh kumpulan yang berkaitan dengan dadah dan tidak menolak kemungkinan ianya dilakukan oleh kumpulan pemisah. Kita sepatutnya mengambil iktibar dari kejadian tersebut. 

Dunia pada masa ini sedang berolak dengan pertembungan bermacam jenis dan sudah menjadi tidak selamat lagi. Malaysia walaupun merupakan sebuah negara yang aman tetapi kita dikelilingi oleh negara-negara jiran yang sedang bergolak kuat.

Dalam satu kejadian lain di Gombak, seorang warga asing di tangkap sewaktu cuba melakukan perkara yang amat pelik. Warga asing itu dipercayai mengamalkan ilmu sihir/ hitam. Sewaktu di tangkap warga asing itu berbogel. Ternyata keperluan kepada ISA ialah menjaga keselamatan negara ini. Pengisyitharan darurat selama ini berjaya menjadikan pihak keselamatan negara menjaga keamanan dan ketenteraman awam.

Oleh itu, perlaksanaan ISA sebenarnya bukanlah bertujuan untuk menangkap mana-mana orang yang tidak sehaluan fahaman politik mereka di Malaysia melainkan hanya untuk menjaga keselamatan negara daripada anasir subversif, jenayah terancang, keganasan terancang dan tindakan yang merbahayakan keselamatan negara dan orang awam.

Tuntutan biaDAP telah banyak merbahayakan keselamatan negara dan orang awam. Malah tidak keterlaluan jika disimpukan bahawa keangkohan biaDAP telah membuka banyak pintu-pintu ancaman dari luar masuk dan mengancam keselamatan negara ini.

Kepada ahli politik bahlol dalam Pakatan Pengganas Pro Komunis, mereka sepatutnya sedar bahawa mereka bertanggungjawab membawa ramai musuh-musuh negara untuk bergerak bebas di dalam negara.

Kepada badan pemikir pentadbiran DS Najib, ianya menjadi tauladan kepada mereka agar tidak bersikap keras kepala dan enggan mendengar menerima hakikat bahawa ISA negara masih lagi menerima ancaman daripada luar sepertimana insiden yang berlaku di Golok, Siam.

Fikir-fikirkanlah.


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...