Alhamdu-Lil-Laahir-Robbil-'aalamiin esuk Hari Kemerdekaan ke 54. MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA! Tak kisahlah apa pun pendapat-pendapat tolol Pakatan Sosialis Pembangkang Haramjadah hendak tafsirkan dan kelirukan makna kemerdekaan mengikut kepala lutut mereka. kita tetap bersyukur kepada Allah subhanahu wa Ta'ala menganugerahkan kepada kita sebuah erti kemerdekaan... BEBAS ! Bebas berfirkir sendiri, bertindak sendiri dan bebas membuat pilihan kita tanpa ada lagi Ingeris, Jepun dan Komunis hendak memaksakan kehendak mereka kepada kita.
54 tahun lamanya kita menjadi sebuah negara berdaulat bangsa merdeka. Apa perlunya kita mengikuti takrifan dan tafsiran tolol yang mengelirukan dari sesetengah pihak yang keciwa gagal mendapatkan kemerdekaan negara ini? Mereka yang enggan menerima bahawa negara ini sudah Merdeka sepenuhnya. Keengganan mereka dipengaruhi oleh unsur-unsur kehasadan, was-was dan prasangka membuta tuli.
Jika Papa Gomo menceritakan mengenai keadaan Somalia pada hari ini yang tidak berfungsi seperti sebuah negara merdeka dek perpecahan sesama mereka baca setersunya di sini SOMALIA & MERDEKA. Pada hari ini, kita wajib menjadikan Somalia sebagai perbandingan kemerdekaan yang kita perolehi.
Pakatan Sosialis Pembangkang haramjadah terkesima dengan ketololan ideologi takrifan dan tafsiran merdeka yang di bawa oleh parti Komunis Malaya. Sebuah takrifan dan taksiran yang bersentimenkan kepada pertelingkahan ideologi Komunisma dan Demokrasi pada suatu era yang telah tamat sekitar tahun 1980an. Sehingga kini bekas anggota PKM masih mengalami sindrom kekeciwaan dan kemurungan akibat perjuangan mereka yang tewas dengan perjuangan kelompok wassatiyah (sederhana).
Pakatan Sosialis Pembangkang haramjadah telah memperlekehkan perjuangan kelompok wassatiyah dan melabelkan mereka sebagai Barua British. Jika tiada kelompok wassatiyah tersebut, kemungkinan besar pada hari ini kita masih menjadi Tanah Jajahan imperalis British. Apakah perjuangan bersenjata komunis yang mereka labelkan sebagai Pejuang Pembebasan Nasional Anti British akan berjaya ? Tidak mungkin!
Pada era 40an dan 50an, aspirasi puak Sosialis terbahagi kepada dua . Satu kelompok memperjuangkan penubuhan sebuah negara total komunis dan di pihak kedua mahu menjadikan Gagasan Indonesia Raya sebagai sebuah realiti juga menjadikan Tanah Melayu berada dalam kerangkan Republik Sosialis. Rakyat Tanah Melayu telah menolak Sosialisma dan Komunisma tetapi memilih Wassatiyah untuk Demokrasi Federalis Raja Berperlembagaan. Pilihan makoriti rakyat inilah yang menjadi punca dendam puak komunisma dan sosialisma sehingga ke hari ini kerana mereka mendabik kononnya merekalah suara aspirasi rakyat walhal sebenarnya tidak!
Kelompok Wassatiyah pula memilih untuk penubuhan sebuah negara bercorak Federalis Raja Berperlembagaan sebagai kesinambungan kepada pentadbiran yang sedia ada tetapi di olah mengikut citarasa tempatan dan bukan lagi asli 100% citarasa British. Ini disebabkan Tanah Melayu terbahagi kepada 3 sistem pentadbiran yakni Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (di bawah Sistem Pentadbiran Keresidenan British) Negeri-negeri Selat (100% status Tanah Jajahan British).
Selepas Jepun menyerah kalah, British mentadbir melalui Pentadbiran Tentera British (BMA) untuk seketika sehinggalah Bristih mahu menghapuskan terus 3 sistem terdahulu sebelum Perang Dunia kedua dengan memperkenalkan Malayan Union. Bermulalah detik pertembungan kelompok Sosialis, Komunis di satu pihak dengan Wassatiyah di satu pihak lain. Tertubuhnya UMNO yang bukan bersifat sosialis dan komunis menjadi saingan kuat kepada kelompok sosialis dan komunis yang sedia ada.
Apabila kejayaan di capai melalui kaedah dan cara kelompok Wassatiyah mendapatkan kemerdekaan melalui meja perundingan berbanding kaedah dan cara kelompok Sosialis dan komunis yang berperang mengangkat senjata, kelompok sosialis dan komunis menjadi begitu kecewa dan mempersalahkan kelompok Wasatiyah sebagai Barua British dengan pelbagai andaian dan tanggapan berdasarkan kepada kehasadan, was-was dan prasangka membuta tuli atas kekecewaan perjuangan mereka di tolak oleh rakyat.
British tidak memberikan kemerdekaan percuma kepada kelompok wassatiyah sebaliknya kelompok wassatiyah berhempas pulas berusaha keras mendapat kemerdekaan di meja perundingan. Bristih berpendapat bahawa kelompok wassaityah akan gagal kerana bakal menghadapi pemberontakan bersenjata sosialis dan komunis. Telahan British telah salah.! Rakyat Tanah Melayu terus menerus menafikan dan tidak menerima perjuangan Sosialis dan komunis.
Telahan British berdasarkan kepada pengalaman dan pergolakan dunia pada era 50an dan 60an yang sedang hebat menyaksikan Perang Dingin antara Komunisma dengan Demokrasi. Di Somalia perkara yang sama berlaku di mana kemerdekaan Somalia diperolehi oleh puak demokrasi tetapi kemudiannya di rampas oleh puak sosialis yang cenderung kepada Komunisma.
Selama beberapa puluh tahun Somalia di perintah oleh Sosialis Komunisma dan melebarkan keegoan mereka menyerang Ethiopia. Apabila runtuhnya Sosialis Komunisma akibat fraksi di dalam kelompok tersebut sehinggal ianya memuncak pada 1991 Somalia terjerumus ke dalam Perang saudara sehinggalah ke hari ini. Jelaslah kepada kita bahawa Sosialisma dan Komunisma hanya membawa kepada kecelakaan kepada agama bangsa dan negara.
Sememangnya kita wajib bersyukur dengan apa yang kita perolahi pada hari ini. Setelah kita mengatasi kelompok anarkis sosialis dan komunis, kita wajib mempertahankan apa yang ada agar kita tidak terjerumus ke dalam pertelingkahan sesama sendiri.
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 54!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan