Hari ini masuk hari ke 3, pasukan bantuan kemanusiaan ke Somalia menjalankan tugas mereka. Pagi ini mereka bersolat aidil fitri di satu-satunya masjid yang masih berfungsi di Mogadishu, Somalia, MASJID ISBAHASYIGA. Berikut adalah petikan yang di ambil dari status kemaskini blog Papa Gomo.
Masjid Isbahasyiga Mogadishu Somalia
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakyat Malaysia, Gomo dan pasukan Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia pada awal pagi tadi menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Isbahasyiga yang terletak dalam bandar Mogadishu Somalia.
Bekas lubang peluru dibangunan Masjid Isbahasyiga
Sekitar 5 ribu orang menunaikan solat Aidilfitri pagi tadi dan ini tidak termasuk dengan mereka yang diluar Masjid yang menagih simpati untuk mendapatkan duit ataupun sebagainya yang disumbangkan oleg orang orang besar Somalia.
Sukarelawan cuba mengawal keadaan
Selesai Solat Aidilfitri Dato Azeez Rahim ketua misi dibantu dengan sukarelawan lain mengagihkan sumbangan berupa selipar, kain pelekat, kopiah dan juga tudung buat mereka yang hidup susah di Somalia in.
Tentera Sementara Somalia yang mengiringi kami mengawal keadaan bagi mengelakkan mereka yang meminta sedekah dari berebut rebut namun usaha tersebut diluar jangkaan apabila lebih ramai peminta sedekah yang menyerbu memaksa para sukarelawan beralih dari satu lokasi ke satu lokasi sehingga terpaksa menaiki Truck.
Usaha tersebut juga Gagal bila keadaan tidak lagi dapat dikawal dan atas nasihat pasukan tentera simpanan Somalia mengesa agar sukarelawan Malaysia beredar segera dari lokasi Majis.
Kami seterusnya beredar dari Masjid Isbahasyiga dan kembali ke Hotel. Baca selanjutnya di sini PAPA GOMO
Komen JS: Apabila pemimpin-pemimpin politik di sesebuah negara tidak dapat bekerjasama antara satu sama lain dan masing-masing mahu bertelagah tanpa kesudahan, rakyat menderita. sehinggakan sepasang selipar Jepun pun menjadi barang yang paling berharga.
Apabila Budaya Keganasan tanpa kompromi diamalkan dalam politik sepertimana yang pernah Parti Komunis Malaya lancarkan dahulu, ianya tidak membawa sebarang manafaat pun kepada rakyat jelata.
Apabila senjata dan peluru dijadikan asas kepada kekuasaan politik di mana tiada satu pihak pun dapat menjadi pemerintah unggul dalam sesebuah negara, rakyat menderita.
Kepada rakyat Malaysia, negara kita ini tidak memerlukan Budaya Politik Ganas Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat yang sentiasa mencetuskan api pertelingkahan yang tiada berkesudahan.
Fahaman politik Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat hanya membawa ke arah jurang kehancuran kepada agama bangsa dan negara. Pengalaman berharga pasukan bantuan kemanusiaan di Somalia membuktikan bahawa sebuah negara itu memerlukan sebuah kerajaan yang kuat dan mempunyai majoriti lebih daripada dua pertiga agar rakyat tidak sengsara dan menderita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan