Jumaat, 5 Ogos 2011

PAS AKUI KEHEBATAN KEPIMPINAN DS NAJIB.

Golden Dragon avatarDALAM ENTRI 1peluru.blogspot.com yang telah menyiarkan suatu kenyataan daripada seorang pemimpin PAS yang terdesak dan keciwa kerana kegagalan pembangkang mencemarkan imej dan menjatuhkan kepimpinan DS Najib sehingga kini, akhirnya secara tersirat mengakui kehebatan kepimpinan DS Najib yang dilihat olehnya semakin mengukuh dan mendapat kepercayaan rakyat Malaysia terutama pengundi atas pagar. Dalam kenyataan Datuk Mustafa Ali setiausaha Agung PAS yang mendedahkan kononnya ada usaha dari dalam UMNO untuk menjatuhkan DS Najib sebenarnya menggambarkan kekeciwaan beliau gagal menjatuhkan kepimpinan DS Najib. Datuk Mustafa Ali membuat kenyataan itu secara tersirat mengakui bahawa kepimpinan DS Najib sudah di terima oleh rakyat jelata.


Demikianlah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali melahirkan kegusaran dan mengakui kelemahan pembangkang untuk menggulingkan UMNO, BN dan kepimpinan DS Najib. Bukankah sudah dikatakan selama ini dan turut diakui oleh Kak Wan Jijah bahawa PEMBANGKANG TIDAK SEHEBAT UMNO/ BARISAN NASIONAL!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...