Selasa, 26 Julai 2011

EDISI SARAPAN: Kawan Dengan Sahabat.

EDISI SARAPAN senaman minda dan pembukaan kalbu, mengajak semua pembaca untuk merenung mengenai KAWAN dan SAHABAT, Dalam dunia hari ini yang bertuhankan kepada wang ringgit, pangkat dan harta sifat-sifat baik seseorang itu bukanlah ukuran lagi kepada penerimaan seseorang itu sebagai kawan, rakan dan sahabat sebaliknya ialah apakah yang boleh dipergunakan dan diperalatkan seseorang itu untuk membantu diri sendiri mencapai matlamat dan tujuan. Susah senang orang itu tidak lagi menjadi persoalan pokok. Hanya rakan, kawan dan sahabat sejati sahaja yang memandang kepada sifat-sifat baik seseorang itu dan bersahabat dengan kita kerana ALLAH SWT semata-mata bukan kerana menghendaki sesuatu daripada kita. Malah mereka pun tidak mengharapkan balasan daripada kita di atas segala pertolongan dan bantuan yang mereka berikan. Kelompok seperti ini dalam sejuta baru ada seorang. Paling ramai sekarang ini ialah jenis kawan teman sahabat dan rakan yang mengambil kesempatan ke atas diri anda.

Menurut Imam Syafie' ada tiga jenis kategori sahabat, teman dan kawan, Pertama, mereka yang seperti ubat, yakni apabila kita sakit kita akan berjumpa dengan mereka. Kedua, mereka yang seperti penyakit, kita yang sihat menjadi sakit kerana mereka dan yang ketiga mereka yang sentiasa mengingatikan kita kepada Allah swt walaupun mereka tidak bercakap sepatah pun.

Para hukama' ada menceritakan bahawa jika berkawan dengan penjual minyak wangi maka berbau harumlah seluruh badan kita tetapi jika berkawan dengan pengangkat najis maka berbau busuklah seluruh badan kita. Rasulullah s.a.w. mempunyai empat orang sahabat akrab ayng menjadi penolong dan pembantunya. Ini menunjukkan bahawa dalam kehidupan kita, kita mungkin ada hanya 4 orang sahabat akrab yang begitu dekat dengan hati kita. Selebihnya sekadar kawan bersukaria semasa gembira dan selagi kita ada kepentingan untuk mereka. Carilah 4 orang sahabat akrab anda yang ditakdirkan oleh ALLH SWT ke atas anda dan and kena ingat jua anda juga ada 4 orang musuh akrab.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...