Rabu, 27 Julai 2011

DAP YAKIN RUMAH URUT LEBIH DIPERLUKAN DARIPADA RUMAH MAMPU BELI.

GUANATOWN, REPUBLIK PENENG, Rabu: Wartawan SINIKAL POLITIK telah berjaya menemuramah Pakcik Gad menjaga pintu bilik kebal pejabat rasmi KM. Beliau ditugaskan untuk bercakap bagi pihak pentadbiran DAP KM yang agak kesibukan bagi menghadapi ketibaan RAMADAN bagi sesi wawancara Khas untuk menjawap segala fitnah dan rekayasa terhadap pentadbiran Sosialis Meritokrasi Hak Samarata Bourgeois Cauvinis DAP yang dikatakan amat sukar membina Rumah Mampu Beli untuk kegunaan rakyat proletariat urban di ibunegeri Republik Peneng. " Itu semua kerja-kerja jahat pihak pembangkang negeri" ujar Pakcik Gad sambi membaca baris pertama teks rasmi kenyataan akhbar yang baru saja diberikan kepadanya.

"Kami adalah sebuah pentadbiran Bourgeois Sosialis cauvinis yang amat prihatin dengan kebajikan semua lapisan rakyat proletariat (rakyat marhaen) tanpa mengira warna kulit dan agama. Kami menyangkal dakwaan yang disebarkan oleh pihak pembangkang negeri yang buat bising dan membangkitkan isu jahat mengenai pembinaan rumah mampu beli." ujar Pak Gad tersebut.

" Kami berpendapat bahawa pembinaan rumah mampu beli merupakan pembaziran wang rakyat sahaja. Wang tersebut telah kami salurkan kepada pemberian wang ihsan RM100.00, warga tua, sekolah agama dan  untuk bayi baru lahir tidak mengira samada lahir dalam ikatan perkahwinan atau tidak."

"Bagi tujuan itu kami memberikan kerjasama penuh kepada pembinaan dan pembukaan rumah-rumah urut yang boleh membantu pendapatan dan meningkatkan ekonomi negeri ini. Rumah mampu beli tidak memberikan pulangan ekonomi yang lumayan kepada kami. Sememangnya perjuangan kami menjaga kebajikan golongan pekerja melebihi golongan proletariat. Kami mahu paksa rakyat proletariat bekerja keras daripada mengharapkan subsidi dan menjadi manja"

"Kami percaya dengan lebih banyak rumah urut dan rumah hiburan di buka dan di bina, rakyat proletariat akan menjadi lebih hepi dan memperolehi pekerjaan. Lagipun tanggungjawab membina rumah mampu beli adalah terletak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukan kami. Ini tidak adil menyalahkan kami dalam soal ini,"

"Kami benar-benar komited untuk menjadikan Peneng sebagai sebuah Hub Pelancungan terkemuka dan boleh di akses oleh semua lapisan masyarakat proletariat. Mereka boleh berlibur setelah penat bekerja seharian di peras oleh kami. Kami kan Bourgeois Sosialis cauvinis ! Mana mungkin kami tidak prihatin dengan kebajikan rakyat proletariat (rakyat marhaen) " Pak Gad tersebut membacakan baris terakhir teks.

"Maaf encik, tiada soalan dibenarkan buat waktu ini dan saya kena tutup kunci tingkat pejabat rasmi KM..Waktu dah tamat" ujar Pak Gad tersebut apabila wartawan kami cuba mengajukan soalan.

Sekian dilapurkan.

TEPUK DADA TANYA IMAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...