UPHOLD JUSTICE WITHOUT FEAR OR FAVOR sekali baca bagaikan runtuh langit ke tujuh, itulah moto MAJLIS PEGUAM. Malangnya, masih ada anggota-anggota Majlis Peguam yang menjadi buta sebuta The Lady of Justice, bukannya kebutaan yang diperlambangkan oleh simbol tersebut tetapi buta hati perut yang gelap zulmat serta mengamalkan dasar pilih kasih pilih bulu dan berbagai jenis pilihan. Sesiapa saja yang tidak sebulu dengan segelintir anggota Majlis Peguam yang kemarok menguasai MAJLIS PEGUAM seperti sebuah PERSATUAN DEBAT SEKOLAH, pasti akan menerima padahnya.
Pendirian yang di ambil oleh MAJLIS PEGUAM melalui proksi-proksi kuasa politik seperti DAP sudah keterlaluan dan kebiadapan itu seharusnya ditangani dengan segera. MAJLIS PEGUAM bukanlah sebuah badan yang disebutkan di dalam Perlembagaan tetapi SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA adalah sebuah badan yang disebutkan.
MAJLIS PEGUAM hanya sebuah badan yang ditubuhkan oleh suatu Akta Parlimen dan fungsinya telah ditetapkan dan digariskan bersempadan di dalam AKTA PROFESSION GUAMAN. Cubalah cari di mana terdapat di dalam peruntukan AKTA PROFESSION GUAMAN yang memberikan bidagkuasa mahupun perwakilan kuasa dari Parlimen untuk membolehkannya mempertikaikan keputusan sebuah SURUHANJAYA seperti SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA? Kalau tidak ada, eloklah peguam yang mengada-ngada perkara itu disekolahkan kembali.
Kenapa MAJLIS PEGUAM berdiam diri tanpa bersuara sedikitpun di dalam kes pembunuhan paling kejam di Malaysia yang membabitkan allahyarham Datuk Sosilawati dan 4 orang lain yang dilakukan oleh seorang ahlinya yang menjadi ahli seumur hidup DAP? Tetapi begitu bangat bisingnya mempersoalkan sebuah keputusan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA ? Apa istimewanya TBH berbanding allahyarham Datuk Sosilawati? TBH masih ada jasadnya untuk dikebumikan manakala allahyarham Datuk Sosilawati jasadnya pun tiada!
Jadi apakata, jika pengalaman yang sama dilakukan kepada MAJLIS PEGUAM, bukan bermaksud membunuh secara kejam tetapi memansuhkan terus AKTA PROFESION GUAMAN dan ini akan menjadikan MAJLIS PEGUAM dikuburkan tanpa jasad. Mungkin setelah itu barulah kita dapat melihat para peguam yang berkenaan akan lebih mengutamakan prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan