Khamis, 30 Jun 2011

3 TERKINI -KINI-KINI SEMUA MELETOP-LETOP BAK ANAK DARA TAK RETI GORENG IKAN.

\

KALI WAK DEN NAK KOBAKAN KEK SAMUO .. aiseh, maaf, kali ini JS akan memaklumkan kepada semua pembaca setia blog JS mengenai 3 Berita Terkini, kalau 1 cuma Terkini, kalau 2 Terkini-kini, kalau 3 , Lu fikirlah sendiri !

TERKINI 1.

Pagi tadi terlepas pandang, PAPA GOMO sudah mohon maaf dengan cara berhemah kepada JOHARI ABDUL kerena terlalu awal menamatkan kerjaya JA sebagai pengacara TV yang kurang berbakat (pitching banyak lari) tetapi dengan mengenakan 5 syarat seperti DO Re Mi kenakan kepada Tuan Tanah Kedaung mereka. Hendak tahu lebih lanjut sila ler ke blog PAPA GOMO dan baca sendiri 3 entri utama mengenai isu JOHARI ABDUL. 

Sebagai menunjukkan keikhlasan tinggi PAPA GOMO telah menawarkan sebuah jawatan kosong pengacara TV dengan menyiarkan IKLAN JAWATAN KOSONG kepada JOHARI ABDUL. dengarkata, JOHARI ABDUL masih bermurung di dalam biliknya dan enggan makan malam tapi bersedia menerima permohonan maaf PAPA GOMO dengan kata-kata , ' I FOLOWWW ...'

TERKINI 2

Kurang lebih yang tidak terlebih, AMK dan PEMUDA bertembung sekali lagi di hadapan ibupejabat PKR di Damansara yang hendak kena lelong itu dan parti yang hendak kena gulung tikar pada Julai 9, 2011 oleh Pendaftar Pertubuhan. Apa sebabnya?



Sebabnya ialah kerana cabaran AMK yang mengajak PEMUDA minum kopi o dan teh tarik petang bersama setelah malam kelmarin mereka tidak menghidangkan sebarang minuman dan biskut kering buat jamuan PEMUDA yang datang berziarah.

Namun sekali lagi katerer AMK gagal datang atas alasan pembayaran terdahulu masih tertunggak 10 bulan. Bagi menutup rasa kemaluan yang teramat sangat, AMK terpaksa menjerit ' MAMAK BALIK !' sebenarnya ditujukan kepada katerer restoran 24 jam mamak yang berdekatan. 


Disebabkan oleh salahfaham, Rezal Merican terasa hati dengan laungan tersebut yang mana sememangnya laungan itu bersifat provokasi penghinaan kerana kurang didikan agama Islam. Rezal Merican, Ungku Salleh . Lokman Adam dan Rizalman Mokhtar terpaksa membuat lapuran polis kerana mahu menjernihkan suasana disebabkan oleh tuduhan melulu Saifuddin Nasution mengatakan tempohari PEMUDA hendak membakar bangunan ibupejabat PKR sedangkan PEMUDA hanya berhasrat datang membuat kunjungan silaturrahim bagi memujuk AMK agar keluar PKR beramai-ramai dan  masuk UMNO. 

Terpaksalah FRU dan polis meleraikan salahfaham tersebut. Dilapurkan tiada kecederaan tubuh badan dan tiada kematian dilapurkan melainkan hati dan perasaan kedua-dua pihak terluka dan berdarah mungkin tidak akan terubat sehinggalah ke PRU 13 akan datang. Apapun, PEMUDA kelihatan semakin mengikis persepsi salah mengenai mereka. TAHNIAH PEMUDA ANDA SEMUA BERANI !


TERKINI 3.

ADUN Simpang Pulai dan AHLI PARLIMEN GOPENG di tangkap bapak polisi Malaysia kerana didapati merayau-rayau seperti kutu rayau tanpa tujuan sambil mengedar serta menghasut para pengunjung PASAR GUNUNG RAPAT pagi tadi kurang lebih tiada 9.30 pagi.


Ini gambarnya bukan superimposed tau.

Selain BOON CHYE, ADUN Simpang Pulai CHAN MING KAI turut di tahan kerana mengajak orang awam sertai mereka ke perhimpunan haramjadah BEERSHIT pada Julai 9. 2011. Mereka berdua juga dikatakan sedang mencari kenderaan yang boleh tumpangi nanti, agaknyalah. TAHNIAH POLIS !

DIHARAPKAN SELEPAS INI, MASING-MASING PIHAK BERTENANG DAN BERFIKIR, APA GUNANYA TINDAKAN AGRESIF INI, PARLIMEN KAN ADA. DINASIHATKAN AGAR ORANG AWAM TIDAK TERPENGARUH DNEGAN INSIDEN-INSIDEN TERSEBUT. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...