Khamis, 19 Mei 2011

MEMANG TERAMAT GEMPAR! PKR DIHARAMKAN? DUN SELANGOR KENA BUBAR ? KHALID G KENA LOMPAT PARTI?


1.  Tidaklah begitu mengejutkan apabila portal The MalaysianInsider pada hari ini melapurkan bahawa Pendaftar Pertubuhan sudah menghantar Notis Pembatalan Pendaftaran kepada PKR kerana PKR dikatakan terlalu banyak melanggar undang-undang Tubuh nya sendiri. Menurut sumber The Malaysian Insider, PKR dikatakan telah menerima notis berkenaan dan yakin PKR tidak melanggar mana-mana peruntukan perlembagaan parti sepertimana dinyatakan dalam notis berkenaan. 





2. Menurut sumber the Malaysian Insider, notis amaran Pendaftar Pertubuhan ada menyebut mengenai isu pemecatan A. Rajagopal tanpa siasatan sewajarnya dan ini merupakan perlanggaran kepada Fasal 32.2.1. Perlembagaan PKR menurut dakwaan dalam notis tersebut.

3. Jika benarlah lapuran the Malaysian Insider ini, apakah kesan perundangan ke atas taraf semua ADUN dan AP PKR ? Dan bagaimana pula status kerajaan negeri PKR di Selangor ? Apakah kita bakal melihat AP dan ADUn PKR bakal lompat parti demi menyelamatkan kerjaya politik mereka ? Parti manakah mereka akan lompat? PAS atau DAP? Bakal ada pembubaran DUN Selangor ?

Siapa pula bakal dipersalahkan dan apa pula alasan PKR pada kali ini ? Tepuk Dada Tanya Iman.

3 ulasan:

eXception berkata...

aku yakin bro, jika parti diorg diharamkan, diorg akan gebang kata UMNO yang pengaruhi pendaftar pertubuhan...

Jas Salleh berkata...

Apa yg bro tulis itu, saya juga yakini, org PKR tidak akan mengakui kesalahan mereka sebaliknya akan menyalahkan orang lain.

Dot berkata...

apa susah2..umno pun pernah diharamkan! mujur Tun bertindak segera mendaftarkan umno dgn penuh gaya!

pkr daftarla balik guna nama baru...PGayR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...