Sabtu, 7 Mei 2011

MALAYSIA DI ANCAM OLEH PELAMPAU AGAMA DALAM DAP





Malaysia sepatutnya sudah maju jauh ke hadapan sejak Lonjakan Pembangunan pada dekad 80an dan 90an, tapi agak malang apabila di alaf baru pada abad 21, Lonjakan Pembangunan itu menjadi Lonjakan Kebelakang akibat melayan karenah PASDAPKR, pemberontakan puak REFORMASI, kelemahan era KETERBUKAAN dan kebohongan POLITIK BARU. Kejahatan tidak muncul dalam bentuk dan berwajah huduh dan bertanduk tapi kejahatan muncul dalam bentuk dan berwajah kepuraan. Kepuraan sentiasa berwajah fitnah, dusta, bohong, tipu, muslihat dan adu domba. 


1. Pendedahan oleh bloger Pisau.net dalam entrinya DAP EKSTRIMIS KRISTIAN ANTI BUDDHA dengan berani mendedahkan taktik kotor bersifat hasutan sentimen agama di mana DAP menjadi tuanrumah dan penganjur SUMPAH  PASTOR MENJADIKAN KRISTIAN AGAMA RASMI PERSEKUTUAN. Taktik yang digunakan oleh DAP ini amat merbahaya kerana boleh mencetuskan insiden seperti di Mesir yang bermula dari perasaan ketidakpuashati rakyat Mesir beragama Kristian lalu merebak menjadi besar sehingga menjatuhkan kerajaan Mesir.

2. Esok, JS bakal mengupas dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan isu ini. Malam ini JS hanya memaklumkan sahaja. Jangan lupa melayari blog Pisau.net dalam entri berkenaan. Kemudian buat analisa mengenai Peristiwa 2 Jumaat. Ingatkan juga apa yang selama ini menjadi bantahan kuat DAP cauvinis rasis dan semasa di Sarawak mendakwa BARISAN NASIONAL ADALAH ANTI KRISTUS.
Berikut dipetik 2 petikan ringkas dari blog pisau.net sebagai pembuka :-

Sibu menjadi permulaan gerakan misionari DAP ini memulakan kempen,mereka meletakkan diri mereka seperti Anglo Saxon yang mewarisi sikap kolonial yang akan bermuka muka,merendah diri dihadapan masyarakat tempatan,dan melihat kaum cina bukan kristian sebagai kelompok kelas kedua dan kekampungan.Kita dapat melihat bagaimana pemimpin DAP yang bukan beragama kristian diketepikan dan dilayan kelas kedua didalam parti seperti mana berlaku terhadap M Kulasegeran dan bekas Adun DAP (Malim Nawar) yang menjadi bebas Keshvinder Singh dan Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong


KITA BUKAN SAHAJA SEDANG MENGHADAPI MUSUH DARI LUAR TETAPI JUGA DARI DALAM, DAKWAAN MUFTI PERAK DATUK HARUSSANI MENGENAI PERGERAKAN MEMURTADKAN ORANG MELAYU ISLAM DAN GERAKAN BAWAH TANAH PADERI KRISTIAN MELAYU BUKAN LAGI OMONGAN KOSONG. KITA PERLU PERTAHANKAN KEDAULATAN DAN KELUHURAN PERLEMBAGAAN YANG MEMERTABATKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN.. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...