Isnin, 23 Mei 2011

HABIS MANIS KAU DI BUANG, APALAGI KAU HENDAK TUNGGU.... HASAN ALI ?

DATUK DOKTOR HASAN BIN ALI, EXCO PENTADBIRAN EKSEKUTIF PASDAPKR BERPOTFOLIO HAL EHWAL ISLAM, ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR & KEMUDAHAN AWAM [Potfolio kemain panjang tapi Kuasa Pendek Sahaja] yang pernah menjadi popular dan ikon masyarakat Melayu Islam dalam rancangan PERDANA ISLAM serta Pakar Motivasi yang disegani ramai kini tersungkur tersembam di kaki DAP Selangor dan PKR Selangor. Beliau disisihkan oleh kem Khalid 'Gereja' Samad



1. Ini kisah seorang Tokoh Melayu Islam yang hebat dilahirkan oleh UMNO. Kehebatannya mampu membawa PAS, DAP dan PKR ke peringkat ini. Seorang yang diperalatkan oleh PAS dan DAP. Ketokohan dan kehebatan beliau ditumpangi dan ditunggangi seperti seekor baghal. Beliau lah orang yang berkerja keras dan berusaha untuk memastikan kemenangan bagi pihak PAS, DAP dan PKR dalam PRU 10, PRU 11, PRU 12 di Selangor ini. Tanpa beliau, mungkin pada hari ini PAS DAP & PKR masih memanaskan kerusi pembangkang di negeri Selangor.

2. Setelah 3 tahun berlalu, Datuk Dr Hassan Ali kini amat keciwa, berkecil hati, bersedih , bertawar hati dan bersakit hati. Kerana apa? Setelah beliau perahkan sepenuh tenaganya dan masanya termasuklah wang ringgit untuk memastikan PASDAPKR menang atas retorik Perjuangan Islam, menegakkan Keadilan dan melawan kezaliman (kononnya) ; kini beliau di keji, di caci, di perli, di sindir dan disisihkan oleh kelompok PASDAPKR; pernah di herdik oleh Ronnie Liu dan beliau sudah merasai kegagalan perjuangan beliau sendiri. Sia-sia belaka pengorbanan beliau selama ini. Malah Khalid 'Gereja' Samad menggelarkan beliau sebagai 'Pencacai PAS' sahaja.




3. Kini beliau sedar, beliau ditunggangi dan diperkudakan oleh PASDAPKR. Beliau sendiri mengucapkan kata-kata bahawa PAS sudah tidak memerlukan beliau lagi. Kalau begitulah keadaannya, apalagi kau hendak tunggu Hassan Ali? Meninggalkan PAS tidak bermakna kau tinggalkan Islam. 

PASDAPKR sebenarnya tidak hebat mana pun. Mereka jadi hebat kerana menumpang kehebatan pihak lain yang dijadikan tunggangan dan batu loncatan seperti apa yang terjadi kepada Datuk Dr. Hassan Ali. Samalah sepreti halnya Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim tidak hebat tetapi beliau dikelilingi oleh orang hebat yang beliau tunggangi. Kepada Hassan Ali, TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...